Wednesday 17 December 2014

Indah bukan?

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."

Tidur aku terus diganggu dengan vibrate handphone. Berkali-kali cuba meneruskan tidur akhirnya aku mengalah. 4.45pagi aku bangun untuk menelaah beberapa helai muka nota lagi. Sudah 5 hari aku meninggalkan ruangan clinical, terasa tegang urat-urat untuk mulakan langkah lagi. Aku mengintai keluar jendela, terasa angin sejuk menerobos muka. Ya hujan masih turun dengan lebat, bau segar hujan menusuk rongga hidung. Sungguh terasa nyaman sekali subuh ini. Fikiran terus melayang ke rumah. Apa perkabaran bonda. Tidur nyenyakkah beliau malam kelmarin. Moga Allah lindungi bonda.


..........


Aku meneruskan kerja-kerja di ward seperti selalu, cuma terasa diri 'slow' hari ini. Sambil-sambil melihat dari atas bangunan yang sayup, hujan lebat masih menyimbah bumi. Kepulan udara memutih disegenap penjuru langit. Subhanallah Engkau melimpahkan rahmat kepada bumi ini, jadikanlah hujan ini bersama rahmatmu. Aku berulang alik memerhati kondisi pesakit, syukur semuanya stabil.

Jam ada 15 minit lagi sebelum waktu pulang, aku meraba poket terasa vibrate handphone. Mata ligat membaca. Allah. Pak Long dijemput Ilahi. Semasa pulang haritu ada berbual dengan bonda berkenaan pak long. Rupanya hari ini pak long pergi buat selamanya. Aku merehatkan diri di bangku kayu di dalam ward. Fikiran entah ke mana. Alfatihah, getus hati kecilku.

Tidak sampai 5minit aku cuba mencari ketenangan, 'Bummm' Code Blue!! Patients collapsed depan kaunter jururawat, jarak tidak sampai 1meter dari tempat aku duduk. Terus bangun, melupakan semua rasa dijiwa. Arghhhh situasi di clinical ini tidak boleh lalai, tidak boleh dipandang sebelah mata. 5 Deria harus berfungsi 24jam. Harus cepat berfikir, tidak boleh berangan.

Mujur pesakit stabil setelah mendapat treatment, aku melangkah ke cubical meneruskan tugasan. Mengambil tekanan darah untuk pesakit yang dibawah pemerhatian setiap jam, mengambil suhu badan untuk pesakit yang high fever selepas teppid spongging dilakukan. Lega hati aku bila suhu badan beliau turun dengan baik.

"Nurse, baju mak saye nie basah-basah macam nie. Takkan nak biar je, kalau demam seminggu..seminggu laa nak biar macam nie"

Aku tarik nafas. Sekejap yee cik, kasi laa saya tarik nafas dulu. Tadi baru ade case patients collapsed. Getus hati kecil aku lagi. Aku siap-siapkan kerje kemudian kembali ke sisi katil untuk terangkan keadaan sebenar.

"Macam ini cik, badan mak nie terlalu panas since pukul 9. Jadi saya kene buat macam nie sebab mak cik tak boleh ambil paracetamol/panadol walaupun dia demam sebab...~~~~ (aku cuba menerangkan sebaik mungkin). Jadi cik, ini salah satu therapy selain kita masukkan air. So sekarang saya kene teruskan therapy ini sampai suhu mak cik turun 38 ke bawah. Kalau tak suhu badan dia akan panas macam pagi tadi. Lepas tu kita boleh tukar baju, cadar semualah. Ok sekarang saya sediakan siap-siap untuk cik tukar petang nanti bila suhu badan dah turun"

Baru muka beliau puas hati. Tadi macam nak marah aku je.


Layankan ajelah.



Kadang-kadang orang tak tahu apa jadi dengan kita. Masing-masing mahu keperluan dipenuhi.

Mereka tidak tahu pun yang tadi hamba Allah itu berlari ke sana kemari. Mereka tidak tahu hamba Allah itu buat kerja tangan macam sotong. Mereka tidak tahu pun yang hamba Allah itu hatinya diruntun pilu. Mereka tidak tahu hamba Allah itu bersusah hati. Mereka tidak tahu hamba Allah itu perutnya belum di isi, kakinya belum rehat dari berdiri.


Tapi mereka perlu tahu yang hamba Allah itu sangat kembang hati melihat pesakitnya sihat dengan baik, bila pesakitnya senyum hatinya terus berbunga riang.

Tapi mereka perlu tahu yang hamba Allah itu gembira melayan kerenah pesakitnya.


Sesungguhnya apa yang Allah beri di dunia ini untuk dinikmati. Sedih mahupun suka kedua-duanya pengalaman hidup yang harus disyukuri. Hidup perlu ada pelbagai warna, sedikit tidak dirunguti banyak terasa disyukuri. Pengalaman itu mematangkan fikiran, pengalaman menjadi murabbi kepada hati. Murabbi kepada hati yang untuk terus cekal, menerima dan memahami keperluan insan lain.


Indah bukan?









Friday 12 December 2014

Kasih 'ANAK' Tidak Cukup Sekadar Percaturan Lisan

"Bismillah. Bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan." 96:1

Gelagat dan keletah manusia menjadi tatapan mata saban hari. Manusia silih berganti, ragamnya juga begitu. Mood berubah-ubah. Bertemu dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat yang datang dari pelbagai jenis 'family background' mendidik diri memahami apa itu erti kehidupan. Tidak semua orang suka menceritakan apa yang mereka alami dan ada juga yang jenis suka berkongsi cerita. Dan ada juga jenis yang mengambil masa untuk bercerita. Setiap inci penglihatan jika digunakan dengan baik pasti memberi sesuatu pengajaran. 

Pukul 0650 sudah menjadi kebiasaan kaki jejak ke pintu ward, ada yang masih tidur ada yang sudah siap mandi dan ada juga yang sudah siap diuruskan penjaga yang menunggu saban hari. Namun apa yang mencuit diri "Sejauh manakah kasih seorang anak itu teruji kala ibubapa diuji musibah?" Tanda soal terus bermain dikepala. 




Situasi 1: Ada anak yang sanggup extend study dan ambil cuti panjang tanpa gaji dan pulang ke sisi keluarga semata-mata untuk menjaga ibu/bapa yang sedang sakit terlantar. Setiap hari masa dihabiskan di ward menguruskan semua keperluan si ibu/bapa. Tidak mengeluh tidur bertilamkan lantai sejuk ward, kadang-kala tengah makan terpaksa berhenti untuk uruskan si sakit, tukar pampers, mandikan atas katil. Duduk di ward dalam tempoh masa 24jam bukanlah sesuatu yang selesa. Serius talk!! 

Situasi 2: Ada anak yang datang tunggu ibu/bapa tetapi sekadar tolong ambilkan air. Tidak mandikan, tidak tukar pampers, tidak kemaskan si sakit, sudahlah sakit bila tidak dikemaskan lagilah nampak 2 kali ganda sakit. Tunggu nurse tanya, tunggu nurse kata "ok kita buat sekian-sekian". *aku mula melopong. Tapi masih dipuji sebab sudi tunggu tepi katil ibu/bapa mereka.

Situasi 3: Ada anak yang bergilir-gilir jaga ibu/bapa mereka sakit. Kerana yang si seorang lagi bekerja di siang hari. Jadi malam hari beliaulah yang tunggu ibunya yang sedang sakit. Subuh pagi seorang lagi datang dan beliau sudah siap-siap memakai kemeja untuk ke office. Tengah hari pula masih datang melawat si ibu. Ada juga yang membayar nursing home untuk jaga ibu/bapa mereka, tetapi subuh pagi masih datang untuk uruskan keperluan ibu/bapa. Respect!!

Situasi 4: Ada anak yang hanya duduk di sisi katil atau di lantai ward kemuadian mengadap gadjet 24jam. Tidak berbual dengan si ibu yang sedang terlantar sakit. Bunyi cengkerik yang kedengaran. Tahu bunyi cengkerik?? Akhirnya si ibu berbual dengan pesakit katil sebelah dan nurse-nurse yang sudi meluangkan masa. Aku cuba untuk bersangka baik, mungkin ada urusan yang perlu diuruskan secara online. Tapi kalau dah dari aku mula kerja sampai aku nak balik si anak masih mengadap smartphone. Aku pun macam rasa nak baling smartphone beliau ke bawah. 

Situasi 5: Ada anak yang hanya datang kemudian nak argue macam-macam dengan nurse. Yang species nie aku pernah kene. "Pot pet pot pet pot pet" Dan aku dengan muka selumber jawab " Encik, kalau nak tanya macam-macam encik datang laa awal pagi masa doctor round ward. Encik boleh dengar sendiri dari mulut doctor, boleh tanya. Nie encik datang pun 5 minit. Dari pagi tadi mak encik nie tak der orang uruskan" Si anak terus bungkam dan terdiam. Muka memerah, aku pula hanya senyum dengan ibunya. Dalam hati aku rasa nak kasut2kan beliau.

Situasi 6: Anak yang pulang hanya apabila ibu/bapa sakit. Berkata seorang makcik sambil berbisik ke telinga aku "Anak makcik tu dah 10tahun tak balik jenguk rumah and ziarah makcik, nie makcik sakit dah masuk ward 3 hari baru dia balik. Agaknya kalau makcik tak sakit, memang dia takkan balik". Aku melopong hati menangis~~~

Situasi 7: Anak yang tidak kunjung tiba. Jangankan kata batang hidung bayang-bayang pun tiada. Hmmmm sedih sangat. Akhirnya ibu/bapa yang sakit hanya ditemani staff ward dan student2 nurse. Hmmm~~


Wahai anak, kasih sayang itu bukan diukur dengan wang ringgit tapi komitmen dan perhatian. 

Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud ra, beliau berkata

"Saya pernah bertanya kepada Nabi SAW, 'Apakah amalan yang paling dicintai Allah Taala?' Baginda menjawab 'Solat pada waktunya.' Saya berkata, 'Kemuadian apa?' Baginda menjawab 'Berbakti kepada kedua-dia orang tua.' Saya berkata "Kemudian apa lagi?' Baginda menjawab 'Berjihadlah di jalan Allah.'


"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kalian tidak meyembah (sesuatu) selain Dia dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau keduanya sampai kepada usia yang lanjut (dalam pemeliharaanmu) maka janganlah sesekali kamu mengatakan kepada mereka perkatan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka serta ucapkanlah kepada mereka dengan ucapan yang paling mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua disebabkan kasih sayang (kepada mereka) dan ucapkanlah 'Wahai Tuhanku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidikku sewaktu kecil." (al-Isra' 17:23-24)




Wahai anak, penuhilah keperluan ibubapamu seperti mana mereka memenuhi keperluanmu sejak kecil. Berkorbanlah sedikit tenaga, masa dan perhatianmu demi memenuhi keperluan mereka. Tiada ruginya walaupun engkau terpaksa berkejar ke sana kemari. Pasti Allah memberkati masamu. Melapangkan urusan dunia dan akhirahmu.


Setiap dari kita pasti akan diuji. Rasa kasih sayang terhadap ibubapa bukanlah sekadar percaturan lisan tetapi sampai satu masa tanggungjawab mengambil alih rasa cinta yang ada. Komitmen pasti teruji. Adakah kita bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai "ANAK" apabila musibah diuji terhadap mereka? 


Terus kita anak yang mana?



Love Your Parents

We are so Busy Growing Up

We Often Forget 

They are also Growing Old




Life is Ibadah

"Bismillah. Bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan." 96:1

Kali terakhir aku memeluk susuk tubuh mama 3 bulan lepas di parkir kereta dan meninggalkan beliau dengan airmata, kaki yang bakal melangkah ke tahun akhir. Yaa sudah hampir 3 bulan lebih aku tidak pulang ke rumah dan kini sudah masuk minggu ke 15 aku ber'posting' bukan ber'posing' sebagai student tahun akhir yang konon-kononnya superrrrbbb senior. Hari-hari langkah diatur ke ward, bangunan 8 tingkat berwarna putih ungu menjadi tatapan. Menghirup udara segar dari celah-celah tingkap ward sudah menjadi separuh hidup.

Walaupun sudah melangkah ke tahun akhir, kadang kala masih ade yang bertanya "Memang minat nak ambil nursing?" Soalan itu masih disapa. Ya, bidang kesihatan memang salah satu bidang feveret aku cuma sebenarnya aku lebih minat untuk menjadi seorang tenaga pengajar. Tapi apa yang aku perasan sekarang pun dah dapat dua-dua sekali, boleh merawat orang dan mengajar. Mengajar ahli keluarga yang menjaga orang sakit untuk menguruskan si pesakit dan tolong tunjuk ajar junior2 walaupun kadang-kadang tu tak tahu mane. Tapi ok lah kan my first little step. Siapa tahu lepas nie boleh masuk dunia pensyarah pula, "Aims high then fly~~~"





Dan semenjak itu juga timeline fb aku dipenuhi dengan luahan hati dan perasaan pengalaman. Itu belum campur yang mana aku bergayut call kakak menceritakan segala isu yang berlaku. Kesian kakak aku terpaksa tadah telinga berjam-jam dengar celoteh adik dia, itu belum tambah siap nangis teresak-esak. Terima kasih kak ida!! Kehidupan kami nie sudah macam kerje, pagi-pagi bangun bersiap pergi ward, habis shift balik mengadap research pula. Bukan itu sahaja revision, case write up dan lain-lain. Bila fikir balik, syukurlah dah boleh survive 14minggu. Research pun dah selesai present cuma masih touch up and keep on progress. 



"Kemampuan kita pasti ada hadnya. Tetapi sebelum had itu tiba, adakah kita telah berusaha dengan sebenar-benarnya?" Ada hari-hari dimana rasa sudah tidak mampu berusaha, tetapi teruslah bangkit. Kerana Allah ada bersama. Ingatkan diri kenapa takut untuk lihat hari esok kalau betul hati yakin dengan ketentuan dan kekuatan yang Allah beri untuk hamba-hambaNya yang sabar...

Tetapi mengapa entah, minggu ini sungguh diri di beri banyak peringatan tentang kematian. Hari pertama kerja, sudah ada code blue case. Patients cardiac arrest, semua yang terlibat lakukan sehabis baik untuk selamatkan patients. Akhirnya patients transfer out untuk rawatan yang lebih rapi. Keesokkan hari berturut-turut patients di cubical yang sama "last office". Mendengar pass over report dengan memandang katil kosong patients. Hati dijentik, ya mungkin hari ini aku duk sibuk dengar report patients LO, ingatlah wahai diri entah2 esok lusa orang lain pula dengar kematian dirimu. Sentap!!~~



Allahurabbi, terima kasih ya Allah untuk peringatan ini. Semoga aku terus kuat mendidik diri. Memperbetulkan diri yang sering jauh tersimpang. Besar ibrah Engkau meletakkan aku di jalan yang kini aku berkhidmat. Secara dunianya nampak aku mengejar segulung ijazah, cita-cita untuk naik ke pentas berjalan dengan memakai jubah konvo memikul harapan keluarga. Tetapi tersiratnya Engkau mendidik aku untuk melihat kehidupan, kehidupan dari sudut pandangan akhirah. Kehidupan dimana aku harus menjadi insan yang muslim dan mukmin. 




Hidup adalah pilihan

Baik atau buruk pilih satu pengakhiran

Dengan itulah kita corakkan kehidupan

Namun setiap pilihan ada konsikuennya

Kita yang memilih maka sedialah untuk menerimanya