Wednesday 21 March 2012

Sungguhkah kita cinta serta kasih

Bismillahhirrahmanirrahim... salam ukhwah..salam sayang ku tautkan buat tatapan semua..

Sungguh aku sayang agama..sungguh aku sayang rasul..aku sayang islam..

Namun sejauh manakah kasih sayang itu..sedalam manakah cinta itu...

Sejauh mana kata-kata itu direalisasikan.... Mengenali baginda Rasulullah s.a.w. kekasih Allah...bukanlah semata-mata mengetahui asal usul..susur galur perjuangan baginda... Namun haruslah dijadikan contoh serta pedoman hidup di dunia yang penuh dengan cabaran akhir zaman ini...

 " Ya Allah, rasulMu telah mengajarkan kami tatacara hidup muslim yang sebenar. Salam sejahtera buat baginda dan ahli keluarga Baginda... " 




Zahirkan Cintamu Buat kekasih Allah, Rasulullah s.a.w.

# Beriman kepada Allah s.w.t. dan mentauhidkanNya ~

# Menghayatilah sunnah Rasulullah s.a.w ~

# Memperbanyakkan selawat serta salam buat Rasulullah ~

# Membela Rasulullah, sahabat dan kaum keluarga baginda ~




" indahkan hatimu...ceriakan hatimu dengan sunnahNya..dengan keindahan Islam "

ketahuilah bahawa kita adalah pewaris kepada tegaknya agama..pewaris kepada perjuangan nabi Muhammad s.a.w
agar ISLAM terus subur bagai pohon yang sentiasa disirami air..bagai bunga yang sering mekar mewangi..
namun..sedarkah kita di mana kitalah memikul tanggungjawab besar..kitalah peneraju utama kepada misi ini.. dimana hati kita adalah akarnya.. 
hati yang perlu dibaja..hati yang perlu dididik dengan tarbiyyah yang baik..hati yang perlukan ingatan..hati yang perlukan bimbingan...
hati yang perlu diseru dengan kebaikan...
hati yang perlu kasihkan sesama saudaranya....

 " sebagai manusia kita sayangkan kamu... " - Sunan, Bagaikan Puteri

Janganlah kita membutakan mata..memekak kan telinga... sehingga kita lupa akan tanggungjawab sebagai manusia..sehingga kita alpa dengan rasa gembira lagi selesa..
sungguh dunia ini pinjaman lagi sementara buat kita insan bernama hamba..
sebagai hamba Allah yang kerdil..
Hamba yang menumpang di bumi Allah.. yang sekadar transit di seketika waktu di bumi nan indah...
yang meminjam sekelumit rasa gembira dan bahagia..
yang meminjam nikmat suriaNya pada siang hari...yang meminjam nikmat sang rembulan di malam hari pula...yang meminjam nikmat udara untuk bernafas tanpa berbayar...yang meminjam nikmat sihat dariNya yang maha Agung..
Subhanallah..luas penciptaanMu...
kamilah hamba yang berlindung dibawah kuasaMu Maha Pencipta sekalian alam...
sedangkan makhluk lain tidak putus-putus berdzikir dan bertahmid kepadaNya..tunduk taat pada
yang Maha Esa..
namun...di manakah kita?? dimana kah diri kita saat ini..renung-renung kan bersama..
buat ana serta anda semua..

irhamna Ya Allah..ya Rahman..ya Rahim...

Moga terzahir rasa sayang itu hari ke hari...walau sedikit...namun harapnya makin bertambah..
agar kita tidak di takuk yang lama..agar kita sudah merangkak keluar dari segala kealpaan
agar kita sentiasa berusaha melakukan sesuatu untuk diri kita..
biar sedikit...namun hasilnya berkualiti tinggi..
Biar sampai satu saat nanti kita mampu tersenyum walau secalit senyuman

 "Apabila seseorang tu mencintai serta mengasihi sesuatu..maka di dalam hatinya..sering kali dia akan mengingati perkara yang dikasihinya itu...
Maka..cintailah diri mu..agar kamu sayangkan diri mu dari melakukan kemungkaran
Kasihilah agamamu.... agar kita sering berjuang untuknya...
Rinduilah Rasulmu..maka hatimu akan ingat perjuangan serta sunnahnya...
Sayang..Rindu...serta Cintailah TUHANmu..agar kita hidup dengan rahmatNya."

Janganlah kita menjadi si bakhil lagi kedekut apabila tidak berselawat atas nabi MUhammad s.a.w. ketika mendengar nama Baginda di sebut..

Maka ucapkanlah.. ' sallallahu 'alayhi wasallam '


: sedikit perkongsian serta ulasan sumber dari majalah Gen-Q


5 comments:

  1. moga-moga kita menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Amin~~ :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..amin..amin.. ya Allah.. time kasih.. :) ~~

      Delete
  2. sedikit ilmu.. andai tersalah kata..harap di perbetulkan.. syukran...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. mekaseh kak lisa sudi baca... :) amin ya robb..

      Delete