Tuesday 13 May 2014

How Do I Look in Hijab

Bismillah. Bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan 96:1

Assalamualaikum and Hello semua. How Do I Look in Hijab tajuk yang terpilih untuk memenuhi ruang entry hari ini. Baru-baru ini berlangsungnya minggu Festival Kelestarian Islam 2014 (FESKI) (*masih berlangsung sebenaqnya) yang bertempat di Kampus Kesihatan USM dalam nama lainnya KESIT macam budak induk and kejut sebut. Sepanjang festival ini berlangsung salah satu aktiviti yang dilaksanakan adalah pameran dan ada booth yang disediakan untuk memberi peluang kepada golongan non-muslim untuk mencuba dan merasai perasaan memakai hijab atau tudung. Selalu depa duk tengok roomate belit 3 4 jam depan cermin sebelum pergi class pepagi, so hari ini bagi peluang mereka rasa pakai kain belit-belit tu. Memang awesome!! Usaha yang sangat dibanggakan. 


Cantik betui jelingan akak kite dalam poster nie habaq hang HeHe. So inilah alkisahnya, saya sendiri berkunjung ke booth mereka. Rajin sangat adik-adik nieh menghias booth dengan selendang, pashmina, halfmoon, doubleface, oneface selamat tudung saji je yang takder. Photo booth yang disediakan pun cantik belaka *rasa nak culik photo booth bawa balik bilik. Tahniah adik-adik, moga Allah redha dan memberkati penat lelah SOB palpitation anda berhari-hari untuk sediakan semua kelengkapan.

Back to main point. Kenapa wanita perlu pakai tudung? Pakai hijab? lagi-lagi cuaca panas nieh tak berapa ke?. Oppssss!! Wanita muslimah tidak perlu pakai tudung tetapi tudung itu sebahagian usaha untuk memenuhi tuntutan MENUTUP AURAT. She is covering her aurah from ajnabi =)) Peace Yoo V(^__^)V So kalau kata dia bungkus dengan kain guni ke, kotak ke ok lah as long as cukup 4 syarat pemakaian tudung iaitu menutupi dada, menutupi kiri kanan bahu *melepasi bahu, tidak jarang dan tidak melekat focus kepada material. So tudung yang diperbuat daripada lycra kurang sesuai sebab materialnya mudah melekat.

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." riwayat muslim, nasaie, ibn majah, ahmad dan baihaqi

Tudung tersebut mestilah menutupi seluruh bahagian kepala kecuali muka seperti yang dinyatakan dalam surah an-Nur ayat 31 "...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan kain khimar mereka...". Dan semestinya melepasi dada dan bahu, tidak terlalu ketat atau pendek dan tidak melekat pada bahagian leher.

Pastikan juga tudung yang dipakai tidak dipenuhi dengan terlalu banyak perhiasan seperti pokok krimas. Berat nanti takut teleng pulak pakai lama-lama =)) hehe Berkenaan isu tudung yang disanggulkan, muslimah harus faham bahawa jangan sengaja-sengaja meninggikan sanggul ataupun memakai sanggul tiruan. Sekiranya anda memiliki rambut rapunzel, ikat kemas dan paras yang sesuai sahaja. 


"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." al-baqarah 208

Sahabat sekalian, 

So ape kebaikan memakai tudung bagi pendapat saya, saya mula memakai tudung/hijab masa umur 6tahun bila mak hantar saya pergi tadika abim. Tadika islamic sikit jadi pakai tudung, pakai baju labuh Bluuppp comey je kecik cenonet. Cuma bila dah besar baru saya faham, Oh! tudung bukanlah semata-mata memakai tudung. Tetapi aurat lain juga perlu dicover contohnya aurat lengan, aurat telinga *means kalau pakai tudung jarang melekat nampak telinga leher kan, aurat kaki. So baru saya faham yang pakai tudung untuk tutup aurat, pakai handsock untuk secure aurat lengan, pakai stokin untuk tutup aurat kaki V(^_____^)V

Antara kebaikan pakai tudung nieh,

1. Dapatlah lindungi rambut wanita daripada terdedah sunlight tambah-tambah musim panas summer macam sekarang, rambut kering tau tak bila duk berjemur lama kene sunlight. Tambahan lagi, semua kawasan yang dilitupi tudung tersebut turut terselamat. Kiranya cmnielah, kawasan jajahan kan so sape2 yang duduk dalam kawasan jajahan tu akan selamat kebajikan mereka dan lain-lain. HaHa

2. Semua orang akan kata hangpa cantik baq hang! Serius OOOoooooOOOoo. Pernah ke dengar orang mula-mula pakai tudung orang sebut. "Huduhnyaaa hang" Mesti tak pernah kan. Semua orang yang try2 pakai tudung, orang akan puju cantik, comel, lawa, ayu, sopan. So automatik akan membantu hangpa untuk membina keyakinan diri dan motivate hangpa dalam melalui hari-hari mendatang.

3. Dan yang paling penting hang pa dah berjaya memenuhi salah satu tanggungjawab sebagai hamba Allah. Allah suruh kita sayang diri kita, so menjaga aurah dengan baik adalah salah satu cara kita express rasa sayang pada diri. Masa kita baby lagi mak ayah duk jaga kita, so besa-besar kita jagalah diri comey-comey =)


Last but not least, nie saya kongsikan beberapa moment semasa program berlangsung. How do I Look in Hijab di USM Kesit dan Hijab Open Day anjuran PMIUSM di USM induk. Ehermmm terima kasih diucapkan kepada pemilik gambar, mohon pinjam ok. Credit Pahala for u, May Allah bless us.


Ahlijawatankuasa yang bertugas menjaga booth memakaikan shawl untuk tetamu yang berkunjung ke booth mereka.

Mereka sudah mencuba. Anda bila lagi? Support Hijab 

Sahabat-sahabat di USM Induk bersempena Hijab Open Day 





Anda Awesome




No comments:

Post a Comment