Wednesday 12 June 2013

Bulatan Gembira Saya Bermula

"Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan." (surah al-Alaq 96: 1)

"Tempat disisi Allah itu terlalu luas maka 
tidak perlu meminggirkan insan lain untuk mendapatkannya 
sebaliknya genggam erat tangan bersama menuju ke jalan-Nya."

Assalamualaikum w.. Ni Hao Selamat petang =) hari nie hari kedua jawab exam, means ada 6 paper lagi. Doakan yang terbaik untuk minggu hadapan yang jadual bagai membunuh dan bakal terbunuh. Balik-balik jawab exam tadi bertembung dengan seorang insan nieh, juniorlah (sangat) macam kelu terkedu jap tengok dia. Sooo manisss adik, lain tengok dia sekarang. Syukurlah, moga terus bermujahadah and istiqamah yee dik. Proud of you! (air mata mulalah nak bergenang-genang hilang macho cmnie aihhh).

Cerita hari ini pasal USRAH. Pernah join usrah? Jadi geng usrah? dengar apa yang dibincangkan usrah? atau nama lain Bulatan Gembira. So hari ini bual bicara kita pasal usrah la heh. Dulu masa kat mrsm adalah usrah nieh, tapi sebab saya dah lari awal-awal dari mrsm so tak merasa usrah lama-lama. Masuk matriks ada juga tapi saya tak join. Pergi masjid untuk jemaah, dengar ceramah and balik stay kat bilik buat hal sendiri. Itu jelah rutin saya masa belajar dimatrik dulu. Masuk pulak zaman besar sikit dekat universiti nie, minggu pertama mula class diorang ada cakap macam program tautan hati untuk adik-adik baru. Jadi saya pun dengan rock2nya pergi. Tengok kakak2 oooOOoo ramainya kakak2 cantik lagi ayu lagi sopan.


So mulalah terbentuknya usrah pertama saya kat sini dengan someone yang hebat Naqibah ku ini, nama manja dia Mimie Mizah. Tapi kesian kak Mizah nie sebab adik dia nie pandai buat huru-hara sikit, malas pergi usrah laa katakan (apepun taa boleh) sampai naqibah saya kene datang ketuk pintu bangun kan subuh nak bawak kami pergi pantai pantai. Kene call selalu ajak usrah. Mesti pening kak Mizah kene jaga lagi-lagi saya nie. Yelah benda saya tak pernah join sekaki semangkuk memang liat nak buat laa ceritanya. Tapi lama-lama rasa manis dan rindu pada usrah. Oooo rindu naqibah saya sampai bila-bila (tetibe airmata nak jatuh). Kakak tiha mintak maaf sebab selalu susahkan akak. Try to bee good and solehah adik.


Itu cerita ringkas usrah kecik dan satu lagi usrah besar (suka-suka hati je letak nama, suka hatilah janji boleh bunyi and bezakan). Masa minggu awal2 sem 1 diorang mula promo Skuad Kerohanian Batch. Apelah nie pulak, tapi bunyi macam best je. So sampailah senarai nama kat tangan saya. Saya mula pandang kawan dekat sebelah dengan mata yang mula kecik besar kecik besar. "Nak join ke?" akhirnya saya cetuskan persoalan. Diorang semua muka berminat saya pun minat tapi tapi tapi sebab semua sahabat kaum kerabat dah join saya pun tulis nama. ( Ko tengok punyalah tak ikhlas dan xrelanya). 

Masa pergi perjumpaan pertama dengan pakai xproper sooo laa ape punya budak saya nieh, tapi hati tegar pergi jugak. Masuk-masuk kat bulatan tu, Ohh ramainya segan-segan. Pot pet dalam meeting sekali nama saya naik jadi exco disiplin. Hah? dah kenapa kene pegang jawatan nie. Tak lama tu ada pesanan ringkas dari penaja "Muslimat next perjumpaan pakai stokin ye" lagi macam2 nasihat. Muka telinga saya mula panas, jari kaki rasa nak kerat-kerat dengan pisau nak sorok. Saya tau saya tak pakai stokin, pakai seluar pulak tu, dengan baju tak labuh mana, handsock tak pakai, tudung tak lepas dada. Haa hambek kene tegur!! Suka kan. Balik meeting rasa macam tak nak pergi dah perjumpaan tu. Punyalah merajuk hati berwalang duka.

Yang lagi lawak bila bincang scope kerja exco disiplin ni kene jaga kehadiran ahli dan paling saya rasa lowered jaws ape kene "UPDATE PAKAIAN" ahli dan rakan kuliah lain.. Mudahnya "KEMPEN TUTUP AURAT" gitu haa.. Mak ai.. Korang boleh bayang tak, macam mane saya nak ajak orang tutup aurat tapi saya sendiri tunggang langgang. So hari-hari saya mula duduk depan cermin tengok apa yang saya pakai. Betul ke nie? Macam banyak xkene sahaja? Bila teringat yang diorang tegur semestinya saya mula terkulat-kulat. Tapi lama-lama hati yang tak ikhlas bertukar sayang yang kian kembang berbunga. Jujurnya saya kata semakin kamu lari jauh dari Allah semakin tiada ketenangan hati, maka carilah sesuatu yang boleh mendekatkan kamu pada rahmat-Nya. Sedangkan rahmat Allah itu luas lagi tidak bertepi. 

Apa yang cuba saya sampaikan disini, bukan nak kata saya tak suka orang yang tegur saya walaupun secara umum tegurannya. Cuma nasihat itu penting untuk ubah diri kita. Korek gali cari nasihat dan bagus jika hatimu makin terasa dengan nasihat. Dan kita yang sampaikan nasihat jangan putus asa, mungkin bukan sekarang berguna tapi yakinlah satu hari bila terkesan dijiwa kata-katamu itu akan jadi sesuatu yang bermakna. Mungkin mula-mula saya nak tak hendak saja pergi usrah besar atau kecik, tapi lama-lama kerinduan saya berlabuh disitu. Tidak bertemu sahabat terasa kedengaran tawa mereka di cuping telinga. Disitu saya merasai manisnya bersaudara, menimba ilmu bersama, berkongsi duka bersama mendapat ibrah bersama. Mula-mula pakai stokin sebab takut kene tegur tapi lama-lama kamu akan sedar yang menutup aurat tu tanggungjawab yang perlu kamu galas sendiri. Jika rasa susah untuk kenal Tuhanmu, carilah mereka yang boleh bantu dirimu untuk sayangkan Tuhan. Pasti bahagia menanti dengan seluas-luasnya. Jadi untuk semua yang baca entry kali ini, pergilah mencari cinta Tuhan. 

Jika perlu berlari, maka berlarilah. Jika perlu mengensot berbuatlah demi cinta tanpa syarat cinta hakiki pada Maha Pencipta. Usah malu usah merasa jauh. 
Jangan dikata yang usrah itu yang berkopiah. Jangan dikata yang berusrah itu mesti tudung labuh. Jangan dikata yang dibulatan gembira itu yang baik-baik sahaja. 
Sehingga kamu menjauhkan diri meminggir diri. Sedangkan hatimu itu milik Tuhan Maha Esa. Hatimu baik bukan manusia yang menilai tapi Allah wahai sahabat. 
Jika bahagia yang mahu diberi berbahagialah, jika hidayah yang mahu dianugerah maka bergembiralah.

Mungkin disana kamu makin kenal Tuhan. Semakin sayang agama kamu. Boleh jadi disana kamu mendapat "tudung labuhmu" mendapat "stokinmu". Dan disana juga kamu menambah sahabat-sahabat yang terus ada di hatimu. Ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat yang menegur saya. 


"Allah itu amat hampir Sedangkan kita yang sering meminggir 
Akal pula kian alpa berfikir sedang hati makin jauh berzikir"

No comments:

Post a Comment