Monday 18 February 2013

Taman Tamadun Islam, Lensa at Terengganu

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Assalamualaikum, Sempurnakan hari-harimu dengan Jiwa yang Bahagia =) 

Lamakan? Lama sangatkan tiada rasa, perasaan mahupun mood untuk menulis. Bermula sejak final exam sehinggalah cuti panjang melabuhkan tirai. Hati masih tiada bunga-bunga untuk menulis apa-apa entry di blog ini. Dan hari ini, nak beritahu semua diriku ini sudah berada di "Semester 2 Tahun 2" (angkat-angkat kening sikit) Sebenarnya saya sendiri macam tak percaya begitu pantas dan lajunya masa ini berlalu. Hoooyeee. Jadi nasihat yang tak rasminya mari kita sama-sama manfaatkan masa kita semua sebaik mungkin, hargailah sesaat pun yang berlalu dan bakal berlalu itu ibarat anda sayangkan sekalung rantai emas =.=" Erkk..ape merepek nieh

Sebelum entry ini ditulis panjang dan lebih banyak huruf-huruf yang bakal keluar, saya dengan rasa rendah hati dan muke suci Mohon Ampun dan Maaaf untuk sahabat-sahabat yang berada di Terengganu sebab saya pergi sane tapi tak berkesempatan nak ziarah anda-anda. InsyaAllah next time pergi kita jumpa ye (next time pergi nak make sure dapat juga bawak balik sekor penyu besar dari Pasar Payang tu) HaHa. Ini semua kisah bila saya bidan terjun ke sana. Bidan Terjun?? Ye ini case bidan terjun. Macam mane tetibe nurse jadi terus ke bidan nie.. HaHa Ceritanya begini, sedang enak bercuti di rumah kakak, kemudian abg call cakap "Siap-siap, malam ini abg ambil adik dengan mama, kite pergi terengganu" Opocot mak terkejut, macam terengganu tu sebelah rumah hang je. Ape pun memang rezekilah dihujung-hujung cuti dapat juga holiday kat negeri orang.

Rancangan utama, Majlis Pernikahan Abang Azhar & Kak Mazni =) member baik abangku..jadi kami pun pergilah sana, meramaikan rombongan dan yang penting dapat wedding gift.. HemoHemo

#NervousHappy bercampur-campur alkisahnya HoHo 

Gambar kenangan bersama di Majlis Pernikahan abang

Yang ini boleh confius mana satu pengantin HoHo Tahniah Abang Azhar & Kak Mazni

___________________________________________________________________________

Lepas je siap-siap kat majlis nikah, makan pun dah kenyang kat rumah pengantin. Abang kata pergi jalan-jalan kat tettt.. Dia pun tukarla uniform, saya dengan mak je still berbaju time majlis nikah =.=" Masih belum busuk nampaknya saya berjalan dengan baju yang sama. #ConfidentJe

"Taman Tamadun Islam Edutainment Park at Terengganu, Malaysia"

Seronoknya masa nampak pintu gerbang, hati sudah munga-munga nak masuk kat dalam untuk melihat  monumen yang ada. Harga tiket sangat berpatutan untuk melihat sendiri pelbagai seni bina masjid yang berada di seluruh dunia. Khazanah Islam. Masa mula masuk, cuaca agak mendung dan kemudiannya hujan turun sebab dah lewat petang. Jadi abang sewa buggy lebih kurang RM55 untuk jalan-jalan kat dalam nieh. Ada jurupandu yang ramah dan comel sepanjang kunjungan kami bersama buggy tu.

Semangat abang tunjuk passport masuk plus2 senyum manis with baju rabbit at National Mosque, Malaysia. Masjid ini telah dibina pada tahun 1965 dan bumbung utama merupakan inspirasi payung diraja yang terbuka.

Xian Mosque, China. Telah dibina pada 1392 oleh Laksamana Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang. Di sini mereka hanya membina monumen menara masjid sahaja =) #SangatCantik


Sultan Mosque, Singapore located at Kampong Glam. Kalau nak tahu, monumen ini merupakan monumen yang latest dibina di TTI dan monumen yang paling kecil dan comel. "Gilded Dome"


Bila tengok binaan ini, semua akan mengaguminya atas cerita cinta dan simbol kasih Shah Jahan terhadap isterinya Mumtaz Mahal =) Taj Mahal, Agra, India. Bayangkan ini baru monumen pun daa comey belum tengok yang betul2 lagi macam cerita Cinta Qaseh kan.. Hee
#NiceShoot dengan adik-adik tu pun masuk sekali..

Baby blue Dome of Abu Nasr Parsa, Afganistan. Kalau nak tahu, binaan ini memiliki dua tiang yang seolah-olah berpintal dengan gaya yang terbalik.

Dua tiang yang berpusing mengindahkan seni bina oktagonnya dan binaan makam yang telah mengabdikan jasa ahli teologi Khwaja Abu Nasr Parsa 

Suleyman Mosque, Turkey. Binaan seakan-akan Masjid Biru membuatkan mata yang memandang terpana seketika. Dibina pada tahun 1557 dan menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan penyimpanan senjata. 

Mama at Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam monumen. "Golden Dome" structure is the tallest building in the Bandar Seri Begawan. HewHew mahu pergi sana maa.

Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqaddis Palestin. Di dalam nya terdapat replika batu tergantung. Ukur lilit kawasan batu tergantung ini agak luas hingga memuatkan untuk ruang solat #Subhanallah


Kul Sharif Mosque, Kazan Russia yang merupakan sorotan persekitaran sejarah zaman Kremlin. Terdapat sebuah library di dalam masjid ini #MasjidGedungIlmu

Al-Haram Mosque, Mecca Saudi Arabia. Ini ambil gambar dari bawah gara-gara tak larat nak naik atas.. HeHe


Semoga satu hari aku menjadi tetamunya Amin #IdamanHati Nabawi Mosque, Madinah.

Ha nak tengok lagi? banyak lagi binaan ada kat TTI nieh, tu korang kene pergi sendiri lah ceritanya. HeHe Cuci mata dan minda pergi melawat tempat yang macam nie. Mengajar kita untuk menghargai nilai sesebuah binaan, hasil seni tangan manusia dan yang penting ilham yang diberi oleh Allah Maha Agung =) Bayangkan ini baru binaan manusia, Indahkan?? macam mane lah indahnya syurga Allah kan? Selamat Beramal. Jalan-jalan dekat sini buat kita rasa berada di satu dunia dalam masa beberapa jam. So untuk adik-adik yang nak pergi holiday ke terengganu boleh ajak family datang dekat sini, jangan lepaskan peluang.. (haha macam iklan laa pulak saya nieh yee)

Sebelum entry ini berakhir, tak lupa jugak masjid ini. Akhirnya kaki ku jejak jua di sini 

Masjid Kristal, Terengganu Malaysia. Hati pun berkristal-kristal memandang masjid ini HoHo

End of Cerita di Sebalik Lensa, Fatihah Amsyar at Terengganu 

4 comments:

  1. wsalam...
    bes nye kak dpt pi jln2 time cuti ^^...jiha gak la dk trperap dlm umh,x de pn prg nk bwk pi jln2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoho nie pun rezekilah akk dapat jenjalan bidan terjun je pun jiha

      Btw..best of luck nanti start masuk clinical kan?? hehe

      Delete
  2. Replies
    1. eh hani hashim pun ada sini yee.. Terima kaseh.. nanti boleh la jenjalan p sane

      Delete