Saturday 8 June 2013

Final Exam Sem II

"Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan." (surah al-Alaq 96: 1)

"Cinta sentiasa ada ruang yang lapang untuk dikongsi
bila hati tenang, tempat yang sempit menjadi lapang dan 
segala-galanya terasa dipermudahkan..."

Assalamualaikum w and selamat pagi. Perut bunyi-bunyi minta makan tengah hari tapi diriku memilih untuk conteng blog dulu. Since bermulanya minggu-minggu OSCE harituu maka terbengkalailah segala aktiviti lain, mana tak nya setiap minggu kecut perut ketaq lutut nak mengahadap OSCE. Sekarang markah pun dah selamat release, so Alhamdulillah (itu je mampu aku cakap walaupun ok ke tak ok aku memang akan kata OK! huahua). Now menghabiskan sisa-sisa 'study week' dan esok ada member yang dah mula nak seat exam. Ooohoooiii dup dap dup dap jantung boleh terkeluar ikut sternum. 

Masa awal-awal study week daku dengan bersuka rianya balik rumah jenjalan ke kampung (berlagak macam xder exam laa) tapi dalam kereta dengan gigihnya baca nota sikit-sikit sampai tertido-tido. Masa kat homestay tu pagi-pagi daku bangun sambil menikmati angin paya bakau tu and pegang nota dengan secawan coffee (punyalah poyo). Hang tau ke kenapa sampai mcm nieh?? Sebab diriku ini jenis slow sikit baca nota, take time nak serap ilmu-ilmunya jadi kene selalu baca balik, ulang-ulang, banyak-banyak.. =.="


Lepas tu bila saya pusing tengok sebelah kiri, Ohh nota yang belum baca masih banyak walaupun rasa dah baca banyak Krikk Krikk Krikk Naik juling mata.
Kalaulah nota nie boleh rebus and cepat sikit hafal bila minum air rebusan, mesty aku orang pertama yang buat sampai kembung-kembung perut minum air HuHu

Bacalah Bacalah Bacalah. This sem ada subject yang saya susun untuk baca ikut pensyarah, ada yang disusun ikut chapter Kui Kui Kui ini semua memudahkan urusan menelaah nota yang menimbun.


Bila menelaah bab disease and nursing care maka buku tebal alam tu lah duk buka tutup buka tutup. Buku microb and pharmaco dah lewat beberapa hari tapi malas nak hantar so kene denda laa nanti dengan uncle library HeHe =)

Himpunan marker yang berwarna-warni. Bekas ladybird nieh roomate yang bagi masa birthday April lepas. 

Cerita pasal pensil colour-colour nie, rasanya sejak sekolah menengah memang dah tamat zaman guna colour2 buat nota. Rasa macam terlalu ladies buat nota colour-colour HaHa. Selalunya hanya pen dan highlight sahaja memenuhi ruang short note and mind map saya. Ntah kenapa sem nie, beli marker banyak-banyak, borong plak tu. Hati rasa happy je bila tengok warna-warni atas meja study nie.


Memandangkan saya nieh ada gastric tegar, ubat gastric nie memang wajib ada dalam laci in case pagi-pagi nak pergi exam kalau perut buat hal ada laa solution. Musim study week memang sakit-sakit bahu, leher, belakang, kaki so minyak angin sangat membantu. Untuk yang xsuka bau pure halia, boleh beli Losyen Mustajab berperisa macam nieh, harum harum cakap hang =)

Mentang-mentang atas meja ada pencil colour Iliani mulalah melukis dan menulis =) btw thanks untuk cartoon tomato hang nieh GOOD LUCK ALL THE BEST jugak 

Ok rasanya tu je short entry sebelum exam bermula

Saya selaku pemilik blog yang sah lagi berdaftar ini memohon ampun maaf atas segala kekurangan, terkasar bahasa dan minta halal semua sekali.

Doakan kemudahan urusan saya, urusan exam, urusan jodoh saya Ehhhh HaHa
InsyaAllah doa saya juga mengiringi anda.

Salam Imtihan Jangan lupa minta redha ibu bapa


"Bila takdir berbicara kelu tadbir untuk menyanggahnya akurlah bahawa DIA TUHAN, kita hamba"


6 comments:

  1. gudluck ye cik fatihah ramli...salam singgah dari zorro =D

    ReplyDelete
  2. hahaha..adei..siti2..selamat bercuti k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya sampai final year laa hang duk panggil kami Siti Salmah adei adei adei.. Ok u too ALI.. selamat bercuti panjang k.. =)

      Delete
  3. hehe...dah name tu yg mula2 dapat dulu..ntah..sesuai..pe pn..gud luck untuk result nnti..hehe..

    ReplyDelete
  4. saya minta izin halalkan , saya copy doa, yg awak paparkan ya,

    ReplyDelete