Wednesday 1 January 2014

Simple Review 2013

                      "Bismillah. bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan." Surah al-Alaq 96: 1

Alhamdulillah sekarang kita dah masuk 2014, so my first entry untuk this new year kita review sikit moment yang berjaya di snap dalam cerita 2013 and rasa nak letak kat sini. Tribute 2013.

Seriusly nak cakap selalunya saya hanya jadi juruacara majlis untuk majlis tertutup and dalam course sahaja. Alhamdulillah tahun nie diberi sedikit ruang and peluang untuk kembangkan bakat. Hani Shifaa Kak Diana Amir and me =')) 
Rezeki dah tiga kali berganding bahu dengan Hani nie. She is awesome partner!! Proud of her..


Alhamdulillah setahun menyandang tugasan akhirnya bubar juga. Saya mohon maaf jika tidak banyak membantu. Allah berat amanah digalas jika duduk dibarisan kepimpinan. 


Lepas satu, galas yang baru. Haa macam tulahh ibaratnya. Tahun kedua duduk dalam saff pimpinan Rakan Masjid. Cuma sidang lepas jadi anak penakan jah, sidang nie bawa HELWI pula. Doakanlah moga keringat digunakan secara maximum! Healing Ummah


Usrah Wonderpets dengan Ukhti Ruzana. Best sangat akk nie. Pengisiannya menarik, bermakna, singkat tapi padat. Dalam ketawa ada sesuatu yang disampaikan cukup buat hati kita berfikir hingga hari ini. Terima kasih akk sudi didik adik2 yang kehausan ilmu nie. Jumpa lagi nanti!


Kelas Dunia Hawa Mega : Saranghae ya Ukhti. Syukur akhirnya berjaya buat satu talk siswi kepada siswi =) Just simple talk sebagai halwa telinga sebelum cuti semester bermula. Jumpa sem depan k semua.


Bermusafir dari Kelantan dengan member2 ke KUIS. Kami pergi Konvensyen Belia KOBAR 2013. Saya syorkan and galakkan kalau ada buat tahun depan yang belum join pergilah. Renew semangat kita as a pemuda pemudi. Biar hati tu kembang dengan semangat jihad, ukhuwah.


Talk Awesome Muslimah di Masjid Telipot 'Muda Sebelum Tua' haa semua rasa semangat orang muda jah. Terasa benar jadi kakak bila bawak adik2 and sahabat2 nie p jenjalan -_-


Konsert yang paling best! Pengisian sentap jiwa, bertabur airmata. Malam Solidariti Gaza. Masa Shoutul Harakah nyanyi lagu Palestina Tercinta memang hujan lah. Sebak menusuk jantung limpa perut semua.
Allah pilihlah kami untuk berjihad di bumi Syams. Allah pilihlah kami untuk syahid. Allah pilihlah kami untuk jadi para syuhada.


Here we go!! Walaupun saya jauh tak dapat join tapi nak tribute letak kat sini. Sarung Kaki Project area KL. Daebak!! Tahniah semua yang berjaya menganjurkan program yang bagi manfaat pada ummah. Nie laa tanda kite care and sayang muslimah kita. Beri sarung kaki free. Terima kasih juga yang murah hati menyumbang. Credit to Kak Awliya Afruz and the Geng. 


Menangis sampai demam, hilang selera makan, soo bad mood beberapa hari gara-gara mereka ini terpaksa dibebaskan dari rumah. Sedih sgt tapi terpaksa sebab mak kata depa dah besar. Nanti dia nak girlfriend. Ok lah mak dengan redha akhirnya officially terpaksa lepaskan diorang. My hero masa kecik hisap susu dalam botol, berebut-rebut botol susu. Miss both of them =')) Lepas nie xnak bela kucing dah, bela ball phyton pulak. Huh geram nieh.

Eheee yang nie pun nak masuk?? Heh mestilah. Kak Dayah dengan Abang Fizi. Last jumpe kak dayah kat kuala terengganu masa tu lepas kawin. Nie gmbar masa kak dayah pregnant. And skang baby Amzar dah keluar dah pun. Oohh i miss them too much =')) 


Hidup kita biar ada peningkatan dan perkembangan.
Biar perlahan-lahan merangkak, yang penting pastikan bergerak.
Tak bergerak langsung, itu lebih bahaya. 

Buat salah setelah mencuba melakukan peningkatan pada diri itu lebih baik dari tidak buah salah apapun dalam keadaan tidak cuba melakukan apa-apa peningkatan pun pada diri.






No comments:

Post a Comment