Friday 29 August 2014

Yoshi the Good Faith

"Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan." 96:1

Assalamualaikum semua! Hari Jumaat yang indah cuaca pun cantik hari ini. Melihat panorama alam sekitar melalui ruangan jendela ditemani angin sepoi-sepoi bahasa yang menerobos masuk ke bilik. Ayat puitis dan novel sangat. Alhamdulillah kaki saya sudah pun selamat jejak ke bumi  di mana saya bakal menghabiskan perjalanan akhir saya sebagai student ijazah sarjana muda. Fuhhhh ade aura senior tak??  

Entry kali ini saya nak tulis pasal buah hati baru yang di jaga seperti menatang minyak yang penuh. Senang cerita sebenaqnya saya RINDU sangat kat dia walaupun baru seminggu di tinggalkan bersama nenek dan tok dia. HaHa. Ok cerita macam nie, saya memang suka sangat binatang lagi-lagi yang berbulu gebu. Sampai berbulu-bulu mata tengok. Jadi dulu-dulu memang sentiasa pelihara kucing, dah jadi macam wajib. Dah tak terkira berapa kali tukar kucing kan *nama pun dah berapa banyak version daa. Cume since pindah ke rumah baru memang ade masalah sikit untuk bela kucing, itupun gagah tu bela kucing. Then bila besar memang lepas biar dia cari kawan. So bayangkan dah jaga comel-comel then pergi lepas. Boleh meroyan kejap lah.

Jadi mula sem lepas saya mula berjinak-jinak nak bela something yang kecik tapi berbulu jugak. HeHe. Kebetulan ade junior jual bende cute miut nie so syukurlah tepat pada masanya. Jadi saya beli walaupun mula-mula tu rasa takot nak pegang. Pets ini adalah jenis American Guinea Pig. Dia comel, cerdik, masuk di ajar, mengada, kuat makan dan yang paling penting boleh buat hilang stress except kalau dia jerit memang hang yang stress. 


Inilah Yoshi masa hari pertama dia di bawa pulang ke hostel saya. Kecik lagi masa nie, around 2-3minggu usia dia. Masa nie tak de sangkar, so boh Yoshi dalam storage box. Pun boleh.



Beliau ini sangat suka makan disuap-suap dan sayur yang layu memang dia tak pandang la. So selalunya bagi sayur yang fresh, rangup dan lembut. Masa nie baby lagi.



Dengan bangganya masuk dalam bekas makanan, buat tempat istirehat pula ye. 

Antara sayuran yang boleh serve untuk guinea pig:
Curled Parsley
Baby Spinach
Lams lettuce
Curly Kale
Romaine Lettuce
British Curly Lettuce
Cucumber
Pear
Apple
Corn
Greenbean/Kacang Buncis
Tomato

So untuk Yoshi, dia sangat suka makan Romaine Lettuce, Carrot, Tomato, Corn and Cucumber. Buka peti ais je suara punya lah kuat duk jerit-jerit. Rasa macam nak suruh dia p amek sendiri je makanan tu dalam peti ais. Dan yang paling penting jangan lupa Hay Grass. Yang ini wajib ade. 


Hay Grass satu bungkus macam nie dalam RM8-RM10, yang sebelah tu adalah bedding. Yang ini untuk serap urine pets. So saya pilih yang ade bau green apple. Cara nak serve Hay Grass nie, letak je dalam bekas pets or dalam bekas makanan. Nanti dia ulang-ulang makan. Contohnya macam nie.



Then jangan lupa letak fresh water untuk guinea pig anda, nanti kehausan and dehydrated pula dia. Tanda-tanda dia tak sihat contohnya dia duduk diam, lemah je. So mungkin demam atau diet yang anda bagi tak seimbang. 


Spend time together. Setiap hari mesti luangkan masa dengan Yoshi untuk main-main. Nie la alkisahnya bila bawa balik ke rumah, main sampai atas katil. Bayangkanlah bawa Yoshi balik dari Kelantan ke KL perjalanan 8-9jam. Baik sungguh duduk dalam bas tak jerit ye. So selamat sampai rumah atok dia ^_^

Ke hulu ke hilir berjalan bawa Yoshi, sampaikan musim raya bawa sekali Yoshi balik kampung sebab tak de orang nak jaga kan. Jadi "ke Kampung ke Kita" hehe

So after dua bulan lebih menjaga Yoshi, inilah dia. Membuncit dengan jayanya. Ade masa tido, ade masa dia lari sampai tak berehat 



Sangat seronok ade haiwan peliharaan nie sebabnya boleh hilangkan stress and selalu rasa kasih sayang tu dikongsikan bersama. Aloaloalo. Kadang-kadang bila dia buat perangai malam-malam, sampai tidur pun tangan dalam bekas dia. Hey Yoshi, jangan nakal-nakal. Nanti balik tengok kamu ok.








No comments:

Post a Comment