Wednesday 17 December 2014

Indah bukan?

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."

Tidur aku terus diganggu dengan vibrate handphone. Berkali-kali cuba meneruskan tidur akhirnya aku mengalah. 4.45pagi aku bangun untuk menelaah beberapa helai muka nota lagi. Sudah 5 hari aku meninggalkan ruangan clinical, terasa tegang urat-urat untuk mulakan langkah lagi. Aku mengintai keluar jendela, terasa angin sejuk menerobos muka. Ya hujan masih turun dengan lebat, bau segar hujan menusuk rongga hidung. Sungguh terasa nyaman sekali subuh ini. Fikiran terus melayang ke rumah. Apa perkabaran bonda. Tidur nyenyakkah beliau malam kelmarin. Moga Allah lindungi bonda.


..........


Aku meneruskan kerja-kerja di ward seperti selalu, cuma terasa diri 'slow' hari ini. Sambil-sambil melihat dari atas bangunan yang sayup, hujan lebat masih menyimbah bumi. Kepulan udara memutih disegenap penjuru langit. Subhanallah Engkau melimpahkan rahmat kepada bumi ini, jadikanlah hujan ini bersama rahmatmu. Aku berulang alik memerhati kondisi pesakit, syukur semuanya stabil.

Jam ada 15 minit lagi sebelum waktu pulang, aku meraba poket terasa vibrate handphone. Mata ligat membaca. Allah. Pak Long dijemput Ilahi. Semasa pulang haritu ada berbual dengan bonda berkenaan pak long. Rupanya hari ini pak long pergi buat selamanya. Aku merehatkan diri di bangku kayu di dalam ward. Fikiran entah ke mana. Alfatihah, getus hati kecilku.

Tidak sampai 5minit aku cuba mencari ketenangan, 'Bummm' Code Blue!! Patients collapsed depan kaunter jururawat, jarak tidak sampai 1meter dari tempat aku duduk. Terus bangun, melupakan semua rasa dijiwa. Arghhhh situasi di clinical ini tidak boleh lalai, tidak boleh dipandang sebelah mata. 5 Deria harus berfungsi 24jam. Harus cepat berfikir, tidak boleh berangan.

Mujur pesakit stabil setelah mendapat treatment, aku melangkah ke cubical meneruskan tugasan. Mengambil tekanan darah untuk pesakit yang dibawah pemerhatian setiap jam, mengambil suhu badan untuk pesakit yang high fever selepas teppid spongging dilakukan. Lega hati aku bila suhu badan beliau turun dengan baik.

"Nurse, baju mak saye nie basah-basah macam nie. Takkan nak biar je, kalau demam seminggu..seminggu laa nak biar macam nie"

Aku tarik nafas. Sekejap yee cik, kasi laa saya tarik nafas dulu. Tadi baru ade case patients collapsed. Getus hati kecil aku lagi. Aku siap-siapkan kerje kemudian kembali ke sisi katil untuk terangkan keadaan sebenar.

"Macam ini cik, badan mak nie terlalu panas since pukul 9. Jadi saya kene buat macam nie sebab mak cik tak boleh ambil paracetamol/panadol walaupun dia demam sebab...~~~~ (aku cuba menerangkan sebaik mungkin). Jadi cik, ini salah satu therapy selain kita masukkan air. So sekarang saya kene teruskan therapy ini sampai suhu mak cik turun 38 ke bawah. Kalau tak suhu badan dia akan panas macam pagi tadi. Lepas tu kita boleh tukar baju, cadar semualah. Ok sekarang saya sediakan siap-siap untuk cik tukar petang nanti bila suhu badan dah turun"

Baru muka beliau puas hati. Tadi macam nak marah aku je.


Layankan ajelah.



Kadang-kadang orang tak tahu apa jadi dengan kita. Masing-masing mahu keperluan dipenuhi.

Mereka tidak tahu pun yang tadi hamba Allah itu berlari ke sana kemari. Mereka tidak tahu hamba Allah itu buat kerja tangan macam sotong. Mereka tidak tahu pun yang hamba Allah itu hatinya diruntun pilu. Mereka tidak tahu hamba Allah itu bersusah hati. Mereka tidak tahu hamba Allah itu perutnya belum di isi, kakinya belum rehat dari berdiri.


Tapi mereka perlu tahu yang hamba Allah itu sangat kembang hati melihat pesakitnya sihat dengan baik, bila pesakitnya senyum hatinya terus berbunga riang.

Tapi mereka perlu tahu yang hamba Allah itu gembira melayan kerenah pesakitnya.


Sesungguhnya apa yang Allah beri di dunia ini untuk dinikmati. Sedih mahupun suka kedua-duanya pengalaman hidup yang harus disyukuri. Hidup perlu ada pelbagai warna, sedikit tidak dirunguti banyak terasa disyukuri. Pengalaman itu mematangkan fikiran, pengalaman menjadi murabbi kepada hati. Murabbi kepada hati yang untuk terus cekal, menerima dan memahami keperluan insan lain.


Indah bukan?









No comments:

Post a Comment