Tuesday 13 March 2012

Dedicated to Fatihah Amsyar

Dulu.. menagih simpati kepada manusia yang alpa jua buta 
Lalu diheret ke lorong gelisah yang tak sudah 
Tiada bicara yang mahu di gapai, kerana itu lakonan dunia yang mencabar. 

Ada harinya jiwa ini di harungi dengan ribut taufan 
Ada harinya jiwa ini di harungi dengan panasnya sinar mentari Illahi 
Ada harinya jiwa ini di lalui dengan angin sepoi bahasa. 
Cuaca ibarat mengenal kehendak hati dan jiwa insani. 
Daun-daun kering jatuh berterbangan berguguran menyembah bumi seperti hilang hala tujunya 
Dan kemudian angin menyinggah menyapu wajah menyampaikan berita dariMu 
Kadang hati ini sukar membaca setiap petunjukMu, 
Kosongnya hati ibarat hamparan lagit malam 
Tiada bintang mahupun rembulan, yang terlindung di balik malam 
Hujan di langit pula tiada kelihatan, 
Hanya angin malam menyapa seraut wajah yang pudar 

Allah.. begitulah illusi jiwa yang mendambakan ketenangan yang tak kunjung tiba 
Di cari-cari, ibarat meraba-raba di dalam gelap 
Mencari sesuatu yang hilang 
Ku dambakan diri ini padaMu Tuhan 
Tapi.. Kosong, tiada jawapan dariMu. 
Dengan langkah yang lemah, jiwa terkapai, melayang megikut gerak kaki 
Dengan berbekalkan jiwa yang kental 
Ku sahut jua seruMu Allah.. seruanMu.. seruanMu.. 
seruanMu yang menjanjikan syurga hakiki 
seruanMu untuk menjadikan aku muslimah solehah 


ku sarung hijabMu ya Allah 
cermin ini menjadi saksi setiaMu 
Allahurabbi, inikah yang aku harapkan duhai Penciptaku? 
Inikah yang ingin kau tunjukkan kepadaku? 
Inikah hadiah yang kau kirimkan untukku? 
Ketenangan yang di cari kini menyapa hati yang kosong, jiwa yang sunyi 
Selama ini aku butakan mataku, aku pekakkan telinga, aku bisukan mengaduan hamba 
Rupanya kau mahu berikan aku wajah yang baru
 yang akan aku sinari dengan Nur Mu ya ALLAh. 
Moga terus istiqamah di jalanMu sebelum kematian menjemputku 
Akan ku penuhi perisian hati dengan sinar-sinarMu tuhan. 

Itulah ketenangan dengan hadirnya titisan air mata 
Itulah titik bermulanya kehidupan 
Mengejar kebahagiaan hakikia 

Angin malam menyapa lagi, gerimis menitis mencium bumi 
Embun meniti di baris hujung daun-daun illahi 
Mencuit hati yang di lamun kasih saat diri ini di lamun cintaMu ya ALLAH. 



“Sekuat manapun godaan yang kita hadapi
Sekukuh apapun cubaan yang harus kita jalani
Sebesar manapun kegagalan yang kita rasai
Sejenuh mana pun hari–hari yang kita lalui
Janganlah pernah berhenti berharap pada pertolongan Ilahi 
Janganlah pernah berhenti berdoa kepada Rabbul Izzati
Kerana harapan adalah masa hadapan
Kerana harapan adalah sumber kekuatan
Kerana doa adalah pinta kebaikan dan
Kerana doa adalah senjata orang yang beriman….
Dan jangan lupa, ALLAH adalah sebaik-baik penolong
Setiap cubaan pasti ada hikmah di sebaliknya…….”

Cukuplah Allah sebagai penolong kami, kepada Dialah sebaik-baik tempat diserahkan segala urusan..


DEDIKASI BUATMU FATIHAH AMSYAR

_________________________________________________________________________________


sudah baca kan entry di atas?? bergenang airmata tiha.. sebab karya di atas di dedikasikan buat tiha..
' FATIHAH AMSYAR '

kak lisa..tiha letak nie kat blog tiha..sebab ini hadiah berharga buat tiha..
sayang kak lisa sangat...
time kasih kak....

2 comments:

  1. sama2 sayang.. ye, memang dedikasi buat tiha sayang.. sbb akak sygkan tiha, dan nak buat tiha lagi bersemanagat menjalani kehidupan sebagai muslimah yang baik! insyaALLAH

    ReplyDelete
  2. same2 semangat.. time kasih sekali lagi ^____^ " jauh di mata dekat di hati " mge ukhwah terjalin erat..dirahmati Allah...amin

    ReplyDelete