Friday 13 April 2012

Pergilah Si Pencinta Hati

Tenang sungguh cuaca kala ini dengan hamparan menghijau rumput yang berzikir pada Ilahi ditemani kicauan burung seolah-olah menari di cuping telinga cukup menenangkan di pagi hari. Keluhan berat dilepaskan lantas pandangan jauh dari mata bundar itu dilemparkan menerobos ruang langit yang luas penuh keindahan. Matanya memandang kosong di celah-celah kepulan awan mencari sinar jawapan hati nan gundah. Bunyi deringan menghentikan lamunan Aqisha Elena...

" petang nanti kita jumpe.. sekejap sahaja ada perkara penting nak dibicarakan, jaga diri "


Matanya masih tercacap di skrin telefon diikuti seribu satu persoalan di minda. Sejak akhir-akhir ini ada perkara yang membebani hati gadis muda ini, mahu diluah hati tidak kesampaian mahu disimpan rasa terlalu berat lantas jiwanya terus menangis sendiri.

Bangku kayu menjadi pilihan saat angin menderu terasa nyaman menyentuh seraut wajah yang tenang " Assalamualaikum." cuping telinga menangkap suara yang cukup dikenali..sudah tiga tahun suara itu menemaninya, diangkat wajah memandang si pemberi salam. Sudah dijangka Adam Fairish yang sedikit tinggi lampai orangnya berkulit sawo matang beralis mata sederhana yang cukup membuatkan hati sejuk melihat pemuda itu, berdiri dengan senyuman sambil tangan kanannya memaut jaket kesayangan seperti biasa. "Waalaikummussalam, duduklah..." beberapa minit berlalu sepi tanpa sebarang bicara diam seribu bahasa, namun hati Aqisha berdetik rindu pada si dia.

" Dulu saya jumpa awak masa dekat sekolah lagikan, pagi tu hujan lebat. Habis basah uniform sekolah awak, saya beri jaket saya sebab saya tahu awak malu nak masuk kelas dan sejuk. Nasiblah awak tak demam" dimulakan cerita memecah saat sepi. Aqisha tunduk tersenyum mengimbau kejadian tiga tahun lepas pagi yang menemukan dia dengan senior setahun itu di bawah susur gajah sekolah. Adam Fairis pelajar yang sederhana 'low profile' tapi cukup disegani dengan kesopanan dan pencapaiannya dalam usia muda dan dalam diam Aqisha sering mengikut jejak langkah seniornya ini. Raut wajahnya yang lembut melemparkan seribu satu ketenangan, ah! lelaki ini sungguh mencuri hatinya sekian lama detik hati Aqisha sekali lagi. Hujan pagi itu benar-benar menyatukan hati mereka sehingga kini, menyimpul rasa kasih bersulam rindu. Berbunga riang hati Aqisha menerima Adam tiga tahun dulu, namun gusar mengapa kasih itu terasa kian jauh dari hati. Lantas hati kian diburu resah yang tidak berpenghujung.

Aqisha membetulkan tudung yang ditiup angin " Ye..saya ingat lagi, setiap saat kenangan bersama awak saya tak lupa. terima kasih sebab pinjamkan jaket tu..hmm petang tadi awak kata ada benda penting nak cakap, apa ye " Adam diam dengan renungan jauh ke tasik. " Aqisha awak orang pertama yang Adam bercinta, orang pertama yang membuka hati Adam, berkongsi kasih, berkongsi cerita hidup bersama Adam. Sampai Adam tidak tahu apa lagi ungkapan yang sesuai untuk beritahu yang Adam terlalu kasihkan Aqisha dan kalau boleh seluruh alam nie Adam nak kasi untuk orang kesayangan ni." tersentuh hati mendengar luahan insan yang selalu dirindui. Terdengar keluhan berat Adam untuk meneruskan bicaranya " tapi sampai satu saat Adam sedar,sudah lama difikirkan, sedalam-dalamnya Adam fikir. Akhirnya Adam temui jawapan yang Aqisha tetap bukan milik Adam, Aqisha gadis cukup baik yang pernah Adam temui dan syukur Adam diberi kesempatan mengenali Aqisha Elena, cuma Aqisha tetap milik DIA sepenuhnya milik DIA. Lepas Adam hadir dalam diari hidup Aqisha, cinta Aqisha pada Ilahi dah beralih sikit sebanyak pada Adam. Bersalahnya Adam, berdosanya diri ini sebab lalai dalam hal ini, itu yang Adam rasa Aqisha. Setip insan perlukan perubahan dalam jangka hayatnya, " pandangan mata Adam jauh ke arah tasik menunggu seribu satu jawapan, mencari dalam kesamaran waktu.

Aqisha mengangguk, sungguh hal ini yang membebani jiwanya selama ini. Akhirnya tidak perlu mulutnya berbicara hati Adam sudah mengerti. Syukur alhamdulillah..sudah dijangka dia lelaki yang ambi berat. Sesuatu berbalut kemas di dalam sampul disorong ke tangan Aqisha, di sambut penuh rasa syukur sedikit hiba. " Nanti awak baca ye..simpan baik-baik, Aqisha Elena awak insan paling baik penah menemani saya, moga Allah melimpahkan seluruh rahmat dan kasih sayangnya buat awak. Saya sedar mungkin saya boleh kata yang saya sayang awak sangat-sangat tapi kasihnya Ilahi pada awak sungguh saya tak dapat nak tandingi. Saya mampu janji saya nak jaga awak Aqisha tapi sebenarnya saya tak mampu sebab DIA akan jaga awak beribu-ribu kali lebih baik dari saya menjaga awak. Mungkin saya kata saya nak bahagiakan awak, tapi dalam kesamaran sedar DIA selalu bahagiakan awak lebih dari apa yang mampu saya berikan" terdengar sedu dan sebak dalam alunan katanya. " selagi awak bukan milik saya, jarak kita tetap jauh, hati kita tetap jauh Aqisha walaupun awak di depan mata saya, awak tetap bukan yang halal untuk saya InsyaAllah sampai satu saat jika memang jodoh kita jarak tu akan jadi dekat bila saya lafazkan masa akad nanti" wajahnya penuh pengharapan walaupun dia sendiri tidak pasti ketentuan Ilahi padanya hidupnya yang akan datang.

" Awak tak nak cakap apa-apa Aqisha?" hanya berbalas dengan gelengan lembut. Sungguh hati gadis itu dipaut rasa sayu. Sudah pasti selepas ini derap langkahnya tidak seiring dengan Adam lagi. Namun hati Aqisha nekad cinta Ilahi haruslah diutamakan lantas terngia-ngia kata sahabat nan jauh biarlah kau tak dapat cinta dia Qisha, letakkan ja kasih itu pada Maha Pencipta. InsyaAllah sampai satu saat akan ada insan yang kasihkan DIA dianugerahkan buatmu teruslah berdoa yang baik-baik untuk dia Qisha. " Teruskan langkah awak Adam, ku utus bait-bait doa dalam kehidupanmu di hamparan dunia penuh ujian ini, ciptalah kejaayan awak Lillahi ta'ala, semoga Allah pelihara hati awak. Pelihara akhlak awak dan mempermudahkan urusan insan berjiwa besar ini," akhirnya mulut yang berat melontarkan kata-kata akhir buat insan yang akan melangkah jauh pergi. Adam tersenyum hambar, namun ada riak syukur tersinar dari air wajahnya deru nafasnya memuji yang Maha Esa. " syukur..." lembut kedengaran dua ulas bibirnya berbicara namun masih mampu di dengari.

Lantas Adam Fairish bangun dan mencapai jaketnya, " saya harap jodoh kita panjang dan dipertemukan lagi, moga DIA memelihara hati awak dengan baik, andai ada yang lebih baik dipertemukan moga hati kita meneruskan ukhwah fillah yang erat antara muslim, semoga kita rindukan syurgaNya Aqisha. Maafkan saya insan yang serba kekurangan ini andai saya sering melukakan hatimu Aqisha, " sebak suaranya menahan rasa sedih kedengaran lagi. Airmata Aqisha terbias penuh sedu namun di tahan, apa yang perlu ditangisi Qisha, ini jalan yang terbaik buat kamu berdua relakan dengan hati sungguh ini jalan penuh keindahan pasti DIA menyediakan ganjaran yang baik buatmu tegasnya memujuk hati yang rawan.     

"Assalamualaikum Aqisha Elena " bersambut perlahan sedih jauh disudut hati Aqisha. Pandangan penuh kasih menghantar perginya langkah Adam Fairish yang kian jauh. satu persatu kenangan indah terlayang difikiran...

saya dah lama maafkan awak Adam..selalu maafkan awak.. dan seingat saya tiga tahun ini awak selalu buat hati saya gembira, tiada dukanya.. terima kasih sang pencinta

Merenung redup sampul berona lembut, di belek ke kiri ke kanan....mungkin nanti akan dibuka..saat hatinya kian tenang....



p/s: Ini tulisan pertama saya berbentuk cerpen..alahai maaf memang tak best pun..cuma memenuhi ruang blog saye yang comot ini.. pada yang bace time kasih laa sudi meluangkan masa.. ^__^ tiada kene mengena dengan yang hidup atau mati..


2 comments:

  1. Alhamdulillah.. berbakat upanya adik akak ni. :)

    ReplyDelete
  2. hihi..blushing..blushing.. bila kebusanan melanda mulalah otak kuar mcm2..hari nie terkeluar bnda alah nie.. syukran kak ^__^

    ReplyDelete