Friday 4 May 2012

Belajar Didik Hati dengan Baik

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Daripada Abu Abdillah al-Nukman bin Basyir r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antara kedua-duanya ada perkara yang samar-samar (syubhah). Kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka sesiapa menjaga dirinya daripada syubhah itu, bererti dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang melakukan perkara syubhah itu, dia telah jatuh ke dalam perkara yang haram; seperti pengembalaan milik orang (tanah larangan) lambat laun dia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah, bahawa setiap raja ada larangannya dan ingatlah bahawa larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkanNya. Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati."

[ riwayat al-Bukhari no.52, Muslim no.1599 dan Abu Daud no.3329,3330 ]


"Proud born as a Muslim, the best thing that ever happened to me...Iman & Islam"

Sahabatku sayang 
Jagalah hati kita Didiklah hati kita dengan baik
tiada istilah terlambat untuk kita merawat hati yang sering jauh terleka
belumlah terlewat andai saat ini kita melangkah sedikit memujuk hati agar pulang kepadaNya
InsyaAllah hingga satu saat nanti engkau akan merasa cukup bersyukur

"at last, I turn to you Allah..."

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
DIA sentiasa bersama kita, cuma kadang kala kita yang sering berpaling jauh dari petunjukNya
Carilah ketenangan hati dengan mengingati Allah yang satu
PadaNya itu cukup sempurna segala kedamaian serta kebahagiaan
Penyusunan hidup buat kita yang cukup baik beserta hikmahnya
Pada Allah adanya segala rahmat dan kasih sayang buat hamba-hamba ciptaanNya
dan pada Allah juga adanya Cinta Kasih Abadi penuh keberkatan...

Bisikan hati yang membawa kebaikan akan menjadikan hati tenteram lagi tenang... 
Bisikan hati yang membawa keburukan akan menjadikan hati gelisah ... 

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada" [ surah al-Hajj 22:46 ]

Lihatlah dengan menilai, pentingnya peranan hati dalam membentuk peribadi diri serta matlamat hidup kita.. sayangkan jika perkara seperti ini kita sudah pun sedar namun masih kita remehkan dan membiarkan hati kita terus hanyut dibuai keseronokan hidup di dunia yang sementara... dan akhirnya cahaya hati kita semakin samar dan malap tanpa cahaya iman..tanpa ketenangan..jauh dari Maha Agung... :'(

"Hati yang baik dan bersih adalah hati yang sentiasa ingatkan kebesaran Allah, mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya, menghindari perkara yang syubhah serta takut akan jatuh kepada perkara yang haram..."

Jadi.. sentiasalah bermuhasabah diri kerana tiap-tiap manusia itu tidak pernah sempurna dan sering melakukan dosa, menginsafi setiap perilaku yang mungkin mendatangkan dosa, sentiasa memperbetulkan niat kita dalam setiap perbuatan.. Moga hati kita sentiasa di jalan Ilahi.. dan setipa perbuatan menjadi ibadah dan diterima sebagai amalan... :))

Janganlah kita bertangguh lagi, jom!! rawat hati dengan mengingati Allah
berdzikir kepada Yang Maha Esa


p/s: serba sedikit perkongsian dari saya di masa lapang...moga bermanfaat buat yang sudi meluangkan masa membaca..boleh tinggalkan komen sebagai diskusi memantapkan ilmu yang sedikit ini :))




No comments:

Post a Comment