Wednesday 2 May 2012

Birthday Surprise Lagi

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Salam sayang buat semua..sekali lagi oh sekali lagi...
dari mana ye nak mula story nie.. Ha!! oklah..actually i'm soo touched dengan bebudak nie..all my babygulrs ^__^ terima kasih sekali lagi untuk surprise even dah masuk 1 May.. Alhamdulillah kerana dipertemukan jodoh dengan awak-awak semua yang baik hati nieh...

Ceritanya begini..masa hari sebelum itu.. Asyikin Mansor nieh asyik cakap je " Esok kita g jogging tau2..dah lama tak jongging.. " then dengan lurusnya Nurul Fatihah nie terima bulat-bulat tanpa banyak soal ^__^" "pukul 6 tau..pukul 6 ptg.." she's always remind me about that..but i'm still follow.. *i follow you..lalalala then..then..sampailah my roomate Rahimah dia keluar dalam pukul 5ptg..then saya tanyalah nak p mana..dia kata nak p jenjalan.. Ok saya terima juga sebab roomate saya memang suka jenjalan..kemudian tinggalah aku seorang diri di bilik..huhu

tidak lama selepas itu saya tengok jam lagi 10minit nak pukul 6...then saya pun amek pencuci muka dan berjalan dengan malasnya menuju ke bilik air*keadaan bilik dan cuaca yang agak berbahang buat saya lesu sangat :( ready!! kononnya bersemangat nieh nak bersiap2lah untuk g jogging seperti yang dijanjikan..suddenly Ekin datang then tarik saya keluar bilik air*dengan berlari-lari anak menuju ke arah tingkap.. Airmata saya dah penuh ditubir kelopak mata bila tengok tulisan ini dari aras tiga my hostel desasiswa murni 3...gembira??terharu??sedih?? semua ada...saya tak pernah minta dihargai sehingga begini..tapi Allah beri saya rezeki untuk merasai erti sebuah persahabatan semenjak saya meneruskan legasi mencari ilmu di bumi usmkk ini....dan saya..dan saya.. ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.. May Allah always bless you my dear.. :))

"HEPI BUFDAY TIHAH "

Tadaaaa!!!! Comelkan...simple tetapi cukup berharga dan cukup buat saya rasa disayangi :') bukan senang kita nak buat orang hargai kita dan bukan mudah untuk memiliki insan-insan yang kasihkan kita...yang sudi meluangkan masa untuk kita.. Dan saya insan bertuah sebab Allah temukan saya dengan insan hebat dan baik hati macam dorang nieh dalam usia semuda ini.. saya SAYANG awak-awak semua babygurls...

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya...
Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya semata-mata kerana mungkin satu saat nanti dengan satu kekurangan dari dia kau akan membencinya...
Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya...
Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya...
Andai kau ingin bersahabat…terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa... Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna wahai insan kerdil... Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana
Lillahhi Ta'ala...




Terima kasih untuk cake yang sweet nie (^_______^) saya suka sangat



Malu-malu kucing daku dibuatnya #TouchingHappy



Nice card Suka sangat-sangat



Credit to #Fazhilah #Iliani #Rahimah #Syikin dan #Shila =)



Sahabat sejati akan meluruskan jalan kita saat kita kehilangan arah..saat kita terleka dibuai mimpi nan indah serta tidak akan meninggalkan kita dalam meniti hari-hari yang penuh suka duka ini 

SAHABAT SEJATI TEMAN YANG BERBUDI





No comments:

Post a Comment