Tuesday 10 July 2012

Lensa Floria Putrajaya 2012, Colourful View

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Assalamualaikum w.b.t  semua blogger or yang saje jenjalan :)
Story kali ini mengenai trip hujung minggu merangkap perhimpunan adik beradik..hooyee (lompat sikit) tapi along and the geng tak der pula plus abah..so tak cukup tentera-tentera wataniah nieh..huhu so ada separuh je tentera bergajah yang hadir.

Venue : Rumah Cik Daa ( Kak Ida,satu-satunya kakak aku)
Activity : Tambah koleksi bunga, Floria Putrajaya 2012

Mula-mula itu tak der pun plan untuk pergi rumah Cik Daa, then dah petang itu baru jadi pergi..hehe jadi keesokannya bersiap-siaplah untuk melawat bunga-bunga yang cantik!! Itu.. So ini dia taaa daaaa…. 

Selamat Datang, Welcome, Konichiwa!! Ke Floria Putrajaya 2012

 Sejuk mata memandang sampai rasa nak tinggal dalam nie =)

Lepas itu mulalah mata aku dah mula dikaburi warna warni gubahan bunga hidup yang buat aku jadi tak tentu arah (hoho..masih terkawal ok) ini semua gara-gara view yang cantik sangat,awesome!! Memang seronok laa ceritanya kalau dapat satu taman bunga macam ini depan rumah,tiap-tiap pagi buka pintu tengok laman, jatuh cinta!! (tetibe rasa macam dalam Alice in the Wonderland,hihihi) Rasanya kalau macam ini laman rumahnya,alamat tidur kat luar lagi seronok ada angin sepoi-sepoi bahasa (untunglah kalau angin,kalau hujan plus ribut??? Basah nak oii)

Memang ada pelbagai jenis bunga, warna dan bentuk.. Digubah dan diolah untuk dudk bersama so sangatlah cantik! Dulu aku nieh tak minat sangat tengok orkid,tapi lepas datang sini tetiba jadi suka sangat tengok orkid, simple words Orkid itu simple tapi unik dan cantik,ada keistimewaan disebalik setiap satu bunganya (hahaha..ayat tak menahan) then lagi satu yang menarik perhatian aku ialah bunga ros yang jenis satu pokok je dan satu bunga..yang nieh special la untuk dijaga then nanti bunga dia keluar boleh bagi kat orang kesayangan macam itu..macam tuu lah.. satu pokok berapa ehh..tak ingatlah harganya..lalala ( so selalukan korang beli je bunga ros tu kat kedai, kalau nak sentimental lagi boleh laa jaga pokok nie dari kecil sampai berbunga..so akan merasalah pahit manis membesarkan pokok itu dan beri pada orang tersayang, so sweet!! 
Cerita disebalik Lensa



Mak suka sangat dengan benda alah besaq nieh "kalau dia dapat satu, nak letak kat rumah leteeewwww"












 Hahaha kan siap dengan harga tu.. Mak terus beli yang ini (^__________^)

Cantiknya!! Dapat dekat Fatihah Amsyar habis semua meninggal =P





No comments:

Post a Comment