Thursday 27 September 2012

Cinta Saya

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful 


Cinta saya
Sederhana

Tidak pergi ke tahap malaikat
Tidak pergi ke paras syaitan durjana

Saya manusia
Cinta saya sesuai dengan keadaannya
Yang haram saya cakap haram
Tetapi mana yang boleh saya tunjukkan jalan



Saya percaya
Agama ini diturunkan kepada pundak manusia

Bukan pada malaikat yang saban waktu sujud kepada-Nya
Kerana utusan-utusanNya adalah manusia
Dan bukan para malaikat di langait sana

Cinta saya
Sederhana
Tidak terlalu jumud sampai kelihatan eksklusif
Hingga sukar diikuti
Tidak terlalu bebas sampai kelihatan murah
Hingga boleh dipermainkan jahiliah

Sederhana itu mahal
Maka cinta saya mahal
Dan manusia boleh ambil untuk cuba amal
Dalam keadaan menjadi hamba-Nya dalam kekal.

♥ Hilal Asyraf, Sebelum Aku Bernikah ♥


Dua buah karya dari penulis yang mencuri hatiku.. Sangat Menarik! penuh makna...

" Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya "




No comments:

Post a Comment