Monday, 24 September 2012

Posting at Male Orthopedic Ward

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful 

Assalamualaikum dan Selamat petang semua :) Macam mane ya hari ini? Ottoshimnikka?? harap-harap semua baik dalam jagaan-Nya. Dan semestinya ada macam-macam ragam dalam rutin seharian kita, jatuh bangun kita setiap hari itu adalah lumrah. Yang penting laluinya dengan hati terbuka dan positive!

"Ikhlaskan hati, Nice Posting at Male Orthopedic Ward" ini tajuk entry blog tiha hari ini. Kenapa ya? kenapakah? hehe biasalah clinical posting untuk semester ini sudah bermula. Dengan perasaan yang ntah pape ntah "tidur tak kenyang, mandi tak lena, makan tak basah kan" itu biasalah tapi for sure plus dengan rasa excited untuk melihat apa yang berada di masa hadapan kita :) ok.. Dengan ini saya merasmikan..haha apakah diriku melalut ini..(garu-garu kepala macam mintak kene sekeh) tak adelah, seawal 0625 tiha dah menapak turun dari asrama dengan beruniform lengkap, (kembang sikit hidung tu) bertemankan udara pagi yang nyaman, alunan ayat-ayat suci alquran dan zikir dari masjid berhampiran.. langkah dimulai dengan Bismillah..semoga berkat dan sentiasa berada dalam redha-Nya. At the same time, dalam hati duk habaq.. "Aku boleh buat hari nieh!! mesti boleh!! ini tanggungjawab aku.." (duk terbayang mama abah..Yup, tiha mesti do something untuk mereka berdua)

0645 kaki dah melangkah masuk ke dalam ward.. sejuk..sunyi itu yang mampu tiha katakan.. Ada yang masih tidur Ada yang relatives sedang lapkan badan, tolong bawa pergi mandi. Kemudian di satu sudut, mataku seolah-olah tertarik untuk melihat, seorang pesakit sedang khusyuk menunaikan ibadah solat Subuhnya..hati dipagut rasa sayu lagi bersyukur :') "Syukurlah kepada Tuhanku, yang menciptakan aku dan memberikan kesihatan buatku sehingga hari ini..yang meminjamkan segala nikmat-Nya meminjamkan nikmat iman..nikmat sihat" Allahurabbi. Sesungguhnya kepada DIA akan aku kembali...

Tidak lama selepas itu, tiha dah mula buat procedure bed making, ok sebenarnya masa practical kat lab tiha tak dapat hadirkan diri atas sebab kesihatan yang tak berapa baik.. Jadi berbekalkan teori, tiha kene laa buat jugak bed making hari ini, huh memang rasa adventure lah kan citernya, tapi syukur sebab boleh buat dalam pelbagai situasi. So I'm done for my bed making!! changing bed sheet (top to bottom) , pillow case and etc :) Hari nieh merasa jugak buat bedbath.. hmm..hmm.. mula-mula tu malu lah jugak.. kan.. yelah patient tu umur sebaya kan.. Tapi kene ingat,kita sedang bertugas dan tanggungjawab. And apply lah procedure yang betul, kalau untuk bedbath tu, jgnlah expose suka-suka hati.. " Cepat, Kemas, Sopan dan Bersih" hukhuk ceh ada slogan sendiri pulak ea... 

Time nieh betul-betul lah menguji kecekapan tiha nak fikir apa nak buat, nak guna apa, firstly pesakit tu tak der tuala, tuala kecil tak daa tuala besaq tak da.. jadi..jadi..OK anda kene jadi seorang yang flexible dan cekap..(aku mula mengingatkan diri)  Seriously ini yang tiha dapat!! Ilmu dan pengalaman bila clinical di wad adalah sangat berbeza dengan lab. Lepas itu lecture selalu pesan.."Jangan takut..jangan takut" yela kalau anda takut..sampai bila keje nak selesai dan sampai bila-bila anda tak kan dapat ilmu baru itu.. Seriously ok.. Jangan takut untuk expose diri pada perkara yang baru, luar biasa dan diluar kebiasaan anda.. Lihat cabaran sebagai satu perkara yang baik untuk diri :)

Dalam pukul 1200 kami apply procedure CBS test pula, Capillary Blood Sugar test.. pactice sekali je semalam kat lab, tapi Alhamdulillah dengan confident berjaya buat dengan baik..( aku suka buat test nieh, simple but nice) hikhik  Then hari ini dapat jugak mantapkan skill-skill sem lepas.. Seriously kami memang kekurangan clinical di ward, tapi itu bukan alasan untuk menjadikan diriku tidak tahu ini tidak tahu itu.. ye!! aku mesti tahu. fullstop. Semoga Allah merahmati dan permudahkan urusan kami 

Ok last but not least, ini al-kisah hari Isnin bila kami dapat benda-benda ini..haha 


Zulkhairi with Fadhil Hafiz muka seriusnya... Tukang tangkap mestilah Fatihah Amsyar

Madam Jayah K.Pubalan, teaching about Concept of Oxygenation via face mask and nasal prong

Baiklah, terima kasih kerana sudi scroll blog ini dan pinjamkan telinga untuk dengar lagu Mendua by  Astrid

" Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya..." al-Baqarah : 286

Fatihah Amsyar on duty Aiyayy capten!! hihi Doakan saya agar terus berada di Jalan-Nya

Annyonghi Kasayo





2 comments:

  1. assalamualaikum....

    salam kenal.. terima kasih follow sy.. dtg sini berkunjung bls, masih belajar yer... moga segalanya dipermudahkan dan memperolehi kejayaan cemerlang...

    opss.. kuatnya speaker lagu .. terkejut sy..

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam.. salam kenalan.. :) yee..tiha masih belajar... terima kasih masya

    kuat yee?? hehe terkejut terus.....

    ReplyDelete