Saturday 10 November 2012

Serius Memang Saya takut Jarum

                                       In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Dear Love, Assalamualaikum... selamat Petang readers

Tengah-tengah men'google' maklumat untuk buat assigment. Boleh pula saya beralih ke ruang blog nie untuk mencoretkan sesuatu hahaha Hold on Hold on. Ok hari ini memang kelaparan jadi saya keluar untuk cari makanan tapi rasa tak selera nak makan kat kedai.. So ambil keputusan beli barang basah dan masak sendiri.. Yeyyy!! saya masak spageti plus plus jus oren. Wow! sedapnya agak-agak boleh jadi calon menantu tak? hehe Sekarang nieh rasa kenyang sangat-sangat, dengan mata yang semakin mengecil..haha jangan nak buat perangailah Nurul Fatihah Ramli kerja hang bertimbun-timbun nun... 

"Serius Memang Saya Takut Jarum" ha bukak mata besaq besaq.. Nampak tak tajuk tu.. hehe last week before midsem break nieh. Kami selaku pelajar kejururawatan yang berwibawa telah berjaya menghabiskan satu lagi scope pembelajaran kami which is Parenteral Medications (intradermally, subcutaneously, intramuscularly and intravenously injection). HaHaHa jom ketawakan diri sendiri. Topik nieh memang menarik lagi adventure untuk orang macam saya.. Sepanjang lecture dan practical session tuu saya sorang je tahu..wah peluh-peluh sampai member sebelah dah perasan yang tangan saya berpeluh dengan jayanya.. HaHaHa Rahsia yang disimpan semenjak kecil Yeee saya memang sangat takut dengan jarum! fullstop! jauhkan ia dari saya. Kecik ke Besaq ke, memang kecil mata saya memandangnya.

So boleh tak anda semua bayangkan seorang yang takut pada jarum tahap chronic macam saya nieh berada dalam bidang kejururawatan.. Gullpppp!! (telan airliur tak lepas) since sekolah lagi..Kalau nurse datang dengan van kesihatan tu, mak dah tahu dah saya akan mula buat perangai dengan pelbagai alasan tak nak ke sekolah (sakit perutlah, nak muntahlah, kerja sekolah tak siaplah) rupanya nurse tu dah datang.. Tak kisahlah nurse gigi ke nurse biasa ke.. Sangat FOBIA alkisahnya. Dan setiap kali saya dapat immunisasi di sekolah dulu sayalah orang pertama yang akan pecahkan rekod, Pelajar Pertama yang Pitam  >.<" ok fine malunya...

Walaupun masa itu sudah berada di tingkatan 3.. saya masih lagi boleh pitam after injection... Gedebukk!! "cikgu fatihah pengsan" wahh semua ramai2 datang angkat saya.. HaHaHa Alkisah masa tingkatan 5 pula, saya dapat allergic teruk towards protein yang agak chronic.. Then doc suggest saya ambil ubat through injection.. So perkara yang sama berulang..yang nieh saya pitam tepi jalan pula. Ntah mamat bertuah manelah terpaksa bersusah payah tolong mak angkat saya untuk masuk dalam kereta dan bawa semula ke klinik berkenaan.. Tak tahulah sebab kesan ubat ataupun rasa takut yang amat sangat. =.=" masih tiada jawapan hingga kini 


Bersiap sedia bersama buah oren dan tomato Lapar je tengok oren tu time nieh HaHa OK ini namanya 
Tuberculin Syringe originally designed to administer tuberculin solution. Tuberculin Syringe is a narrow syringe with up to 1mL Kecik Kecik =)


Got an Ampule Yeyyyy!! ready for open it HeHeHe


Syringe besaq sikit mak oiii GulpppSS Sebenarnya ada lagi besar dari ini 
This is for practice with lovely lecture
(^________________^)


Daku berjaya buka ampule nieh dengan jayanya.. Tengok tu rata je kan kat leher dia tu.. Kembang hidung sikit =) OppSss!! nampak inai kat kuku.. HeHeHe

Ha Dalam duk Seram Seram Takot Segan bagai, berjaya jugak saya belajar benda alah nieh.. Tangan menggigil kot sampai peluh-peluh semua masa class nieh... Tapi apa yang baiknya, ini lah cara terbaik saya nak overcome masalah yang membelenggu diri selama bertahun-tahun. Tiada guna saya lari dari masalah dan ketakutan, kerana ketakutan itu sentiasa akan mengejar saya sampai bila-bila. Betul tak? Saya tulis entry nieh bukan saja-saja untuk cerita life saya yang saya takut ini tak boleh itu dan boleh ini. NO! semestinya TIDAK =)  

Sebenarnya saya nak mengajak semua berfikir sejenak bahawa setiap ketakutan dan masalah kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Kenapa mesti teruskan hidup dengan dibelenggu rasa ketakutan pada sesuatu? Kenapa mesti terus hidup dengan mengikat diri pada benda yang boleh dirungkai? Kenapa mesti terus hidup dalam kegelapan sedangkan Allah menyeru kita untuk mencari sinar? Kita sering membebani diri sendiri dengan masalah dan halangan sedangkan kita boleh berusaha untuk mencari titik permasalah dan merangka jalan melerai masalah tersebut. Dan kita mempunyai tempat pergantungan yang paling hebat iaitu ALLAH. Maka berusaha, berdoa dan tawakal kepadaNya. malah kita diseru untuk terus mengharapkan rahmat Allah tanpa rasa putus asa =)

Dan manfaatkan setiap detik pengalaman dan rentetan hidup untuk mempelajari sesuatu. Berfikir 360 darjah, alkisahnya mungkin jika dipandang secara dasar, saya hanya mempelajari teknik suntikan dan ubatan. Tetapi disebalik itu jika saya melihat lebih mendalam, Allah sedang mendidik saya untuk merungkai rasa takut, untuk terus berusaha menjadi yang terbaik dalam bidang yang saya ceburi. Sungguh nikmat ini sangat luas jika direnungkan. Hari ini saya duduk dibangku makmal kejururawatan dan masih boleh ketawa semasa sesi pembelajaran. Lain pula cerita hari esok jika saya berhadapan dengan pesakit. Adakah saya akan sambil lewa untuk memberi rawatan kepadanya.. masih bolehkan saya membiarkan rasa takut itu saat seorang pesakit berada dihadapan saya? Hmm Allah sedang mendidik saya. Pasti.

Akhir kata kongsi sedikit coretan hasil nukilan Hilal,
Dr. 'Ala menjawab "Jangan sesekali kamu studi untuk peperiksaan. kerana apa yang kamu studi untuk peperiksaan itu akan kamu lupakan dengan cepat sekali."

Semoga Allah Redha 


2 comments:

  1. lol..mcm mne ni kak nk jd nurse?hehe....cam bes je blajar cucuk2 org ni ^^...x sbar nk wt jgak taun dpn

    ReplyDelete
  2. HaHaHa mari kita ketawa ramai2 deh... Itulah.. =) yakinlah pasti ada jalan penyelesaian... Bestlerr..tunggu~~ coming soon kamu blajaq juga...

    ReplyDelete