Monday 10 December 2012

OSCE Nursing Foundation III

                               In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Assalamualaikum, Selamat Petang semua =)

Hmm sudah lama jugalah ye jari jemari ini tidak menaip papan kekunci untuk mengupdate blog, maka bermulalah sedikit sarang labah labah yang invisible di ruang blog Fatihah Amsyar nie, hehe Memandangkan jadual yang sangat pack, penuh Oooh memang penuh dengan pelbagai program dan semestinya class di ranking pertama. Btw, saya masih seronok menjalani hari-hari ini dengan penuh cabaran tanpa saya sedar ianya memberi saya seribu satu pengalaman yang mendidik saya untuk belajar keluar dari comfort zone. Untuk mengelakkan saya tertinggal ape-ape program atau task yang penting saya akan list kan pada kertas-kertas yang bercolour dan saya lekatkan di tepi meja study. Sedar atau tidak, hari ini saya melihat sudah banyak tugasan yang saya dah potong memandangkan sudah selesai tugasan tersebut. Ye! sudah selesai.. sedikit merasa lega dan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kerana pada awalnya, terasa arghhhh berat sungguh hati, mengapa terlalu banyak kerja kerji nie. Tapi dipengakhirannya satu persatu kerja tersebut berjaya dilaksanakan #TerimaKasihALLAH

Ok sebenarnya sedar atau tidak saya sudah berada di penghujung sem, yipeeee!! dan bermakna tidak lama lagi FINAL EXAM akan membuka lembaran minggunya. Dan hari ini, OSCE Nursing Foundation III dah settle. HaHaHaHa (boleh gelak jahat sikit) Tengok2 jadual, saya dapat turn yang pertama.. HaHaha pukul 8 pagi saya dah menapak ke Nursing Lab dan mempersiapkan diri untuk bertarung selama satu jam dengan procedure procedure yang tidak tahu di susun macam mana (amacam seram sejuk tak, mulalah rasa nak BO, rasa nak PU, loya-loya, pening kepala, nervous tahap maximum semua ada lah ceritanya). Nak tahu cerita apa jadi masa OSCE tu kan.. huhu Ok kita tengok apa saya buat masa malam sebelum OSCE berlangsung LaLaLaLa 


 Bila mana meja study mula penuh dengan nota-nota yang dikeluarkan dari fail azimat HeHeHe bersama highlight yang warna warni dan pen yang setia di jari jemari *study study study* Paling tak tahan umur daa tuutuuuttt pun buku note mickey mouse lagi =.="


 Haaa itu dia buku Clinical Nursing Skill and Fundamentals of Nursing menjadi peneman sampingan nota-nota #pencil case yang ada jahitan "AMSYAR" my feveret by feltcraft HoHoHo *hilang tu boleh buat nanges sepanjang minggu*


 Uniform yang dah siap iron comey-comey =) Apalah masalah saya nieh habis uniform bertanda-tanda dengan pen, sooo cuai lah... #Bidai love-love yang kat rak tu saya beli RM8 satu set,hehe ada dua colour satu cream satu merah SUKA!! 


 Selepas sekali kene needle prick masa practice kat lab, Ok terus dah confident pegang jejarum nieh.. HaHaHa OK sakit Ok bila dengan tidak relanya mencucuk diri sendiri, saya bukanlah kebal mana =.="' Macam tak percaya No. 2 sudah berada di name tag ini.. 


 ANLENE 19-50years, opkos larr CHOC flavor HeHeHe susu nieh setiap malam saya akan minum before tido, minum satu gelas Tapi semalam ntah kenapa saya minum sampai dua gelas.. Ohhh stress sangat sampai tak mampu nak lelapkan mata


 Febreze anti-bacterial and Ambipur Green Tea. Ini bukan iklan Tv lah.. =P wajiblah ada ini, bilik tak wangi tak boleh focus study, jadi bau green tea..Hmm best-best menenangkan


Baru habis practice BANDAGING, haa tengoklah tuu jam dah pukul berapa dan saya masih menelaah buku bukuan itu, mata burung hantu sikit.. #SepanjangSemBegini Burung hantu pun boleh kalah dengan saya kihkihkih


So, apa yang mampu saya komen syukur ALHAMDULILLAH sebab osce untuk subject nieh dah selesai dan terasa boleh sedikit bernafas dengan lega.. Uishhh ko xder rasa frust ke? semua station ko pass? hmmm saya dah buat yang terbaik, seluruh tumpuan saya dah berikan pada hari ini, mungkin masih ada kekurangan dari saya sebagai pelajar yang tak berapa nak cemerlang. Cuma apa yang mampu saya katakan tak semua orang dapat melahirkan rasa kecewa dan saya.. kecewa saya dibalas dengan senyuman =) cume hari ini saya berpuas hati dengan diri sendiri. Selebihnya saya tawakal dengan redha ALLAH atas usaha dan ilmu yang ada. 

Satu benda yang saya geram sangat-sangat ntah macam mana mata saya baca soalan itu "SPIRAL" bandaging sedangkan soalan nak "REVERSE SPIRAL" bandaging.. Arghhhhh!!! serius so careless... haiyaaa.. Memang angin memang angin, balik bilik jee operasi makan banyak-banyak pastu layan cter hindustan.. HaHaHA 


 Sempat lagi balik singgah cik din beli makanan untuk operasi makan banyak-banyak melayan perasaan kecewa gara-gara salah baca soalan tadi HeheHe =P


Layan nasi ayam mak cik cafe Huh sedap then mata pun mulalah mengecil dan mengecil

Akhir kata kan, the moral of the story gelabah mana pun janganlah salah baca soalan HaHaHa pesanan penaja nieh.. Ok ini je cerita hari ini dari saya Cik Nurse Fatihah Amsyar

" Ya Allah, baikilah kehidupanku dengan rahmatmu dan janganlah Engkau serahkan kehidupanku kepada diriku walaupun hanya sekelip mata"

" Apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai AKU, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir kepada mereka, Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran. " al-Baqarah 2: 186


TUHAN ITU DEKAT


# Lagu blog dah tukar gara-gara demam Adam Hawa melanda, hehe Muara Hati by hafiz and Dato' Siti Nurhaliza





3 comments:

  1. kalau boleh. insya allah saya nak jadi macam akak nak jadi nurse :) saya baru 14 tahun

    ReplyDelete
  2. Semoga impian jadi nurse jadi kenyataan satu hari nanti, InsyaAllah ;)


    P/s : jadi nurse jgn garang2 yaaa ahaha XD

    ReplyDelete
  3. Wah berminat juga nak jadi nurse yee.. =) bagus2.. teruskan usaha...

    jangan risau saya xgarang pun..hehehe Kenapa, ta ske nurse garang leteww..hikhik

    ReplyDelete