Saturday 23 March 2013

Animal Research and Service Centre (ARASC)

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah dalam sibuk-sibuk jadual menggila dalam sem ini masih diberi nikmat-nikmat merasa kemudahan dan kelapangan. Assalamualaikum, Ni hao (HaHa ini semua poyo setelah mengambil subjek bahasa mandarin this semester)

Sebenarnya punyalah mengidam nak tulis blog, ha hari ini setelah menyiapkan tulisan bahasa cina diriku mulalah membuat kerja-kerja nakal ini HeHe haihh biaqlaa kat cheq hari-hari mengadap report je jadi hari ini nak bercinta dengan blog pulak. Walaupun blog ini bukanlah blog selebriti or mane-mane retis tapi saya sangat mangasihinya.. Muahhh!!

HaHa ok lah sem nie saya amek satu subjek PHARMACOLOGY I namanya tadaaaa!! sem lepas dengan gigihnya kene tulis note pasal drugs tau untuk therapeutic intervention tapi untuk sem ni kene amek core subject nie haa.. So belajaq laa semua jenis drugs (medication). Bukan ini sahaja malah diriku yang kerdil ini turut ambil MICROBIOLOGY I mihmih bayangkanlah berlari-lari sampai rasa nak tertukar tangan dengan kaki apabila pagi berada di ward dan pukul 2 kene berkejar-kejar pergi lab sampai lah 5pm. Itu belum masuk ko-k CERAMIC SKILL lagi. So cube korang semua pandang ke atas dan bayangkan bagaimana jadual diriku setiap minggu?? Tapi papepun, hidup ini kene postive barulah hati rasa bahagia nak buat benda nieh semua. Jangan takot nak tengok jendela hari esok. hidup kene bergerak dan positive!! Hoh semangat haishhh

Dan betapa berbahagianya hati saya dengan berat badan yang akhirnya berjaya ditambahkan walaupun jadual sangat pack setiap hari (muka berseri-seri macam jatuh cinta). Yelah hidup ini kita kene pandang semua benda tu dengan kasih sayang dan penawar segala rasa penat adalah perasaan ikhlas (ngerti??) Barulah jiwa kita tu bahagianya terbias-bias gitu. Oklah balik semula cerita pasal ARASC nieh. Ok tempat nieh adalah untuk penyelidikan haiwan jadi sebagai permulaan lab pharmaco kami kene pergi visit tempat ini untuk tahu, kiranya disebalik tabir mane kitorang dapat segala tikus, arnab yang dibuli di makmal..HeHe

Animal Research and Service Centre (ARASC), inilah tempatnya yang dihiasi bunyi2 haiwan comel, pokok-pokok hijau dan bau yang menusuk kalbu MihMihMih


TAKLIMAT Ooo sampai-sampai rumah orang takkan nak terjah je kan Jadi dengar ini taklimat dulu

Dah siap-siap dengar taklimat kami pun dibahagikan kepada 3group dan mulalah berjalan dalam ARASC nieh. OK kami pergi sane bukan saja-saja lawatan ye, kami kene tahu beberapa perkara penting untuk apply masa lab nanti bila nak deal dengan haiwan kiut-miut nieh. Salah gaya kene ngap!! 

Inilah gaya menarik untuk pegang ini budak tikus besaq =) aloalo cian dia takot yee sampai BO dan PU ini tikus dibuatnya

"Ngap Ngap Ngap Cantik tak gigi kami??" HaHa serius cute shoot ini baru namanya gigi tikus =P


Ini budak rabbit besaq banyak makan, mesti support macam nie untuk avoid spinal injury kalau tak ko betul-betul menganiaya ini rabbit comel "Femes laa masuk blog"


Di ARASC mereka menyediakan bilik pembiakan haiwan mengikut species


Aksi terjun plus kuak lentang dari atlet johan 3tahun beturut-turut HeHe


 Mummy dengan baby yang comeyy and kecik-kecik 


Haa Tidoq jaa keje.. Orang datang melawat dia tidoq pula Ini mesti overdose makan ini


1 2 3 Ouchaaakkk!! Beratur-beratur kakak comeyy datang amek gambar HeHe tengok telinga dia comeyyy sangat ee geram-geram nak tarik nak picit


Mereka yang suka melompat dan laju ini kalau Terlepas nasiblaaaa jenuh punggah merata =.="


Tempat rabbit diasingkan mengikut jantina, untuk pembiakan dan jagaan baby rabbit =)

Ok ini jelah cerita dari Lensa ARASC untuk memenuhi ruang blog kali ini 

Daku yang sudah bau bermacam jenis bau HaHa balik dulu mandi 

"Lihatlah kehidupan ini dari Dimensi Akhirat agar hidupmu merasa Bahagia"

No comments:

Post a Comment