Thursday 28 March 2013

Hijrah Itu Indah #TeamHijrah

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Assalamualaikum and Ni Hao =) Moga kita sentiasa memiliki hati yang sejahtera 'Qalbu Saleem' dibawah petunjuk Ilahi dan semangat yang tidak putu-putus memacu doa ke langit.


Beberapa hari lepas diri bertarung dalam jadual yang padat, kuliah disiang hari sehinggalah malam. Dalam kesibukan saat sempat membelek-belek ruangan maya sehinggalah jumpa link tentang segmen ini. Dan alhamdulillah hari ini ada sedikit ruang untuk membiaskan rasa bahagia dengan membiarkan jari jemari di atas keyboard sebagai tanda ukhwah #TeamHijrah. "Hijrah Itu Indah" simple words but totally mantap! untuk membawa satu erti yang cukup besar dalam rentetan hidup kita. Pilihannya ada di tangan masing-masing sama ada untuk jadi lebih baik atau kurang baik. Semuanya terserah bagaimana iman dan taqwa memacu anda mengenal sejauh mana erti hidup bertuhan, hidup atas nama cinta pada Tuhan dan melihat perspektif kehidupan itu sendiri dari jendela akhirat. Sama ada kehidupan itu kelihatan indah seperti musim bunga atau merumitkan? Mungkin boleh jadi orang melihat hidupmu sedikit sulit pada mata kasar namun hatimu bahagia bernafas dengan nama suci Allah yang Satu.

"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." Surah Az-Zumar, ayat 53

"Bila Hati Fall in Love, Saranghae"


 Kisah ini bermula pada 13 December 2011...

"Dua Cinta yang tidak boleh bersatu dalam satu masa adalah cinta kepada Allah dan cinta kepada dosa serta maksiat. Cinta kepada dosa itulah yang menghalang jiwa kita daripada menjadi hamba yang sebenarnya. Itu yang menghalang kita daripada membersihkan hati nurani kita"

Aku Cuma Insan Biasa Malah tidak Sempurna

Since thats day, private massage sering di terjah soalan-soalan common Kenapa ye berubah? Kenapa pilih jalan macam tu? Macam mane tergerak hati? dan macam-macam lagi. Ok kalau nak cerita sampai bila-bila tak der endings kan sayang. So make it simple. "Kalau hati sudah jatuh cinta, sudah jatuh sayang". Simple macam orang jatuh cinta lah kan. Tiada sebab kadang-kadang itu, tapi hati 24jam teringat dan terkenang, buat kerja lain tapi fikiran memikirkannya. Macam itulah perasaannya bila hati saya sudah jatuh cinta pada kehidupan yang macam ini. Cinta itu membawa kepada pengorbanan, cinta itu juga boleh membawa rasa bahagia namun jika dibawa pada fitrah yang salah ianya menyakitkan. Yup, begitulah banyak pengorbanan yang dibuat selama 9bulan 3minggu ini. Saya tidak mencari apa-apa cuma cukuplah semoga diterima amalan oleh Allah dan redha-Nya. #AminAminAmin

Entry ini ditulis dan digarap bukan untuk kata "Oh! saya semakin baik dan beriman sekarang. Saya semakin dihormati" semestinya tidak. Saya hanya insan biasa dan sederhana. Seorang hamba Allah yang mencari jalan Tuhannya. Macam tajuk buku Hilal tu, "Kembara Hamba Mencari Cahaya" memang sudah tepat sangat. Saya menitipkan beberapa patah ayat ini bukan mengatakan saya semakin sempurna. Tapi tegurlah saya andai saya masih lalai dan alpa, ingatkanlah saya andai saya terleka. Sungguh anda jauh lebih hebat berbanding saya. Boleh jadi anda lebih mulia dari saya.

Mungkin sedikit ilmu disini boleh dikongsi, saya tidak melihat bagaimana insan itu bermula atau pengakhirannya. Tetapi saya melihat kepada usaha dan kesanggupan dia dalam meniti hari yang kian mencabar ini. Bagaimana penat lelah untuk membuka jendela hari-hari mendatang. Bagaimana mencari sedikit ruang untuk menghirup udara sebagai insan baru. Saya harap dengan entry ini menjawab sedikit sebanyak persoalan dan boleh membantu insan-insan lain. Mana tahu, dengan beberapa patah ayat yang Allah ilhamkan ini, menjadi pemangkin mana-mana insan lain untuk turut serta kembali pada jalan-Nya. InsyaAllah semoga membantu.


Bila Cinta Menjengah ke Ruangan Hati

Saya bertuah! Sebab masa mula-mula hati saya diketuk rasa cinta ini, niat baik saya diterima baik oleh family dan sahabat (Masih segar dalam ingatan saya apabila saya call mama yang jauh di Kuala Lumpur dan menyatakan hasrat hati saya untuk bertudung labuh, hanya suara sebak seorang ibu dan kata2 doa dari jauh tanda merestui niat saya didengari dari corong hp) Sahabat. Dan mereka inilah yang selalu berada di sisi saya untuk memberi semangat, menjadi bahu tempat saya bergantung dan tunjuk ajar. Mereka sentiasa berada bersama saya kala hati saya merudum putus asa. Mungkin ramai yang terkejut melihat penampilan saya yang berubah drastik (Hari pertama saya memasuki dewan kuliah dengan sepasang baju kurung berbunga kecil kelabu putih dan menyarung tudung bawal hitam bidang 60', seluar jeans dan lain-lain sudah menjadi sejarah buat saya dan rata-rata saya menerima panahan mata sahabat lain kemudian diikuti soalan yang bertalu-talu). Segalanya menjadi tanya dan saya mengambil masa yang lama untuk biasakan diri dengan situasi ini.

Ceritanya bermula apabila saya mula memikirkan beberapa perkara hingga saya gelisah macam kucing hilang anak, tangisan saya tak dapat dibendung. Sehingga saya merasakan langit ini runtuh menindih saya, menenggelamkan saya dalam pemikiran sendiri kerana saya tidak bertemu perkara yang telah lama saya cari. Saya betul-betul berperang dengan diri selama berminggu-minggu. Begitulah keadaan saya. Apabila masuk ke dewan kuliah, jiwa saya kesedihan. Fikiran saya tiada di sini. Jauh. Jauh dari saya. Sehingga akhirnya saya memilih untuk berada di rumah Allah, menghamburkan seluruh kegelisahan dihati bersama airrmata yang tak mampu saya tahan lagi. Hati saya? Tiada yang sakiti, tapi ianya terasa diasak. Sakit, ya sakit. Seperti mencari sesuatu yang saya tidak nampak. Mata saya terbuka, celik namun pandangan saya seperti gelap. Saya terus menangis sujud kepada Allah. Mengharapkan DIA membuka satu jalan baru buat saya. Mengharapkan agar diri saya tidak diberikan sepenuhnya pada saya. Sungguh, berperang dengan diri sendiri adalah lebih menyeksakan dari anda sibuk berperang perasaan dengan orang lain. 


At Last I turn To YOU

Dan akhirnya, saya bangun dengan keadaan menggigil pada subuh hari selepas beberapa hari memacu doa ke langit, menghabiskan masa sujud kepada Allah satu-satunya yang dapat membantu saya. Allah, sungguh saya tidak lupa keadaan hening pagi itu. Melihat langit bersama kepulan awan seolah-olah tenangnya saya keadaan itu tidak pernah saya lihat, terik matahari menerobos ruangan alam tapi hangatnya terasa bahagia, udara hari ini seperti berlaku monsun di malam hari yang mengubah segala rasa duka hati saya menjadi rasa bahagia. Pada tengah hari itu, saya bercadang untuk ke bilik seorang sahabat. Pada mulanya, hajat saya hanya untuk meminta pendapat dan meluah rasa hati. Usai masuk ke bilik, lidah saya seperti ringan meminta tudung labuh sahabat yang tergantung kemas di dalam almarinya sedangkan itu bukanlah motif utama saya. Saya terima huluran tudung itu dengan rasa berdebar. Nafas terasa sesak, hibanya memuncak sehingga linangan airmata mula memenuhi tubir mata. Mata saya memerah.

Kemudian saya sarungkan tudung itu dengan cermat, laju airmata saya mengalir tanpa sedar tanpa diminta. "Allahuakhbar, ini yang saya mahu dan saya tak mahu bukanya lagi.." itu perkataan pertama saya sebut. Kasihnya tertumpah disitu. Terasa segala kegelisahan selama berminggu yang memberatkan jiwa saya terlerai disitu, terasa ringan jiwa nurani saya. Di hadapan sahabat seperjuangan airmata saya berhamburan. Saya dah jumpa apa yang saya cari dan saya minta. Saya akan teruskan. Itu nekad hati. Saya kuatkan hati dan pejamkan mata, biarlah apa orang nak kata dan apa saja persepsi sekeliling, saya redha. Tahu mengapa? sebab saya berpegang, "Kalau dalam satu saat kehadapan mata ini sudah terpejam dan nafas ini berhenti, sudah pasti saya tak sempat merasai nikmat itu" Noktah ini bermulanya hidup saya sebagai insan baru.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bukat-bulat kepadaNya sebelum kamu didatangi azab. Ini kerana, sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan." Surah Az-Zumar ayat 54

____________________________________________________________________________

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" Surah Ar-Ra'd ayat 11

Itulah cerita saya, terlalu banyak kesedihan dan perit yang dilalui sebelum saya bertemu dengan tarikh istimewa itu, maka saya akui seperti yang dicatat dalam hasil karya Dr.Maza "... Ada mereka yang menemui bahagia melalui bangkitnya mereka dari sebuah kesedihan masa lalu...". Bangunnya saya dengan semangat baru. Membentuk hati yang baru. Dan Allah perkenankan doa saya dan memberikan saya hati nurani yang baru. Dekatilah Allah dengan sebenar-benar tulus hati, bina perjalanan hidup yang sentiasa tunduk patuh pada Allah dan laksanakan segalanya atas redhaNya.

"Jangan kamu berasa lemah dalam perjuangan bagi mempertahankan dan menegakkan Islam. Jangan kamu berdukacita terhadap apa jua sahaja yang menimpa kamu. Kamu adalah golongan yang tertinggi sekiranya kamu golongan yang sungguh-sungguh beriman" surah Ali- Imran, ayat 139  

Lihatlah, jika hati berwalang duka Tuhanmu sudah mengingatkanmu dalam manuskrip cintaNya. Lantas mengapa perlu rasa kosong sedangkan jika Allah dihati? Mengapa harus rasa lemah dengan dosa yang mengejarmu umpama bayang-bayang? Sudah! Hentikan segala bisikan hati yang menjatuhkan kita dan bangunlah dengan hati yang sejahtera demi kasih pada dirimu sendiri. Sungguh hati yang sentiasa mengingati Allah itu hati-hati mereka yang tenang. Hati yang berkasih-sayang. Kembalilah pada Tuhan yang sentiasa menebarkan kasih sayangnya tanpa syarat. Berusahalah untuk menjadi yang baik pada diri sendiri selagi mampu. Carilah kekuatan. Walaupun kita terpaksa merangkak, mengensot dan dipapah sekalipun bergeraklah menuju Allah. (kata-kata semangat rumus dari buku motivasi)

Berubah menjadi lebih baik itu Hipokrit?

Hati saya sangat tertarik dengan kupasan akhi Hilal Asyraf dalam bukunya "Untuk Kita Pendosa: Harapan Masih Ada" artiklenya yang berbunyi 'Berubah Menjadi Baik Adalah Hipokrit'. Seringkali kita dengar pelbagai kata unmotivated dihambur pada mereka yang cuba menjadi lebih baik. Namun tahukah kita bahawa menjadi lebih baik itu tanggungjawab dan amanah yang Allah letakkan di atas bahu kita sejak dilahirkan. Kita memilih kehidupan yang kita mahu. Lantas kita yang mencorak kehidupan kita, corak abstrak atau geometric. Sedangkan fiitrah kita yang dilahirkan ini adalah ISLAM. Dan Islam itu sendiri bermaksud sejahtera, baik.  Jadi siapakah yang hipokrit? Siapakah yang melampaui batas? dan Siapakah pula yang sudah terkeluar dari landasan asal fitrah manusia ini. Fikirkan agar kita sama-sama bermuhasabah.

Jika saya lihat hari semalam

Bila saya memandang langit, saya memikirkan semula segala rentetan kehidupan yang pernah dilalui. Mengapa Allah beri saya peluang untuk hidup? Saya insan yang dipilih untuk melihat dunia ini. Saya dipilih untuk menjadi khalifah. Adakah saya hanya mahu mensia-siakan pertarungan nyawa mama saya selama ini untuk menjadi insan biasa-biasa? Menjadi hamba Allah yang lalai? Saya memikirkannya. Mencari jalan kembali.

"Sesungguhnya Allah begitu mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihakan diri." Surah al-Baqarah ayat 222

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan bagi mengabdikan diri kepada-Ku." Surah Adz-Dzariyat ayat 56 


Setiap yang kita hadapi bukanlah satu kebetulan atau sekadar suratan yang tidak bersebab. Namun Allah meletakkan pelbagai hikmah tersendiri untuk mendidik jiwa kita lantas mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Maka syukurlah atas setiap ujian yang DIA turunkan buat kita sebagai satu ibrah yang hakiki.

[MISSION IMPOSSIBLE]

Bagi yang teguh pasti bahagia dirasa. Ya! teguhlah dengan rasa percaya pada Allah untuk melapangkan jalan kita. Banyak perkara yang perlu di istiqamah dan digali dalam hijrah ini.

# Pencarian ilmu dunia dan akhirat yang tiada noktah. Tidak dinafikan saya perlu bijak membahagi masa kerana saya seorang penuntut IPTA. Saya terikat dengan jadual seperti clinical di ward area, kuliah dan buku serta nota yang perlu dihadam sebaiknya. Namun itu bukan penghalang untuk saya meluangkan masa membaca buku motivasi dan menghadiri talk selagi saya mampu. Hijrah tanpa ilmu ibarat bekas air yang tidak berisi. Indahnya hanya pada pandangan mata hatinya tidak merasa mengapai rasa bahagia.

#Menghidupkan biah solehah di mana-mana. Saya tidak perlu menunggu orang lain yang mula namun saya selalu pesan pada diri sendir bahawa saya yang perlu lakukan 'first step'. Dan moga Allah meringankan hati saya untuk sentiasa menyampaikan kebaikan.

#Amalan perlulah seiring dengan ilmu. Barulah mantap!

#Sentiasa mengupdate iman, menjaga akidah dan memantapkan tarbiyyah hati. Saya perlu sentiasa bermuhasabah dan saya perlu menegur diri saya apabila tergelincir. Melihat kepada nasihat orang lain itu satu kepentingan kerana disitu saya akan jumpa silap saya.

#Tinggalkan perkara yang menyumbang kepada dosa secara total dan melaksanakan ibadah sedaya yang boleh. Dosa itu membawa titik hitam pada hati kita, hati yang gelap susah untuk menerima ilmu.

[BE an INSPIRATION]

Manusia itu mampu berubah. Berilah yang terbaik. Jadilah yang sebaik mungkin kepada hidup anda. Sungguh hidup ini singkat sesingkat antara Azan dan Solat. Kita lahir disambut dengan azan dan apabila kita dijemput kembali pada Maha Pencipta, kita di solatkan. Begitulah kehidupan kita. Namun dalam masa yang singkat ini terlalu banyak perkara yang boleh menjadikan hidup kita bermakna. Banyak perkataan yang kita harus ubah supaya hidup kita merasa nikmat hidup atas nama cintakan Tuhan.

Janganlah kita dengan rela hati meninggalkan syurga Allah lantas mengheret diri kita menjengah neraka-Nya. Sanggupkah kita berlaku kejam pada diri? Maka, jadikanlah kematian sebagai satu motivasi bahawa diri kita bukanlah kepunyaan kita. Jangan di tunggu pada kematian, lihat sahaja apabila kita sakit. Allah sedikit nikmat ditarik sudah perit kita menanggung. Itu tanda diri kita bukanlah milik kita mutlak. Satu hari kita akan pulang buat selama-lamanya dan perginya kita pasti tidak akan kembali sama sekali.

Mungkin hari ini kita mampu tersenyum riang di bumi. Dan boleh jadi sesaat kemudian sakitnya mati kita rasakan. Jadi kenapa masih menunggu? Wahai sahabat hamba Allah, inilah masanya. Kembali pada fitrah kejadian kita. Kita sebaik-baik kejadian, sempurna ciptaan. Maka dimanakah kurang kita? Jangan nanti hanya di dunia kita dikenali namun penghuni di langit jelingan pun tiadalah jua pada kita.


"Setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik adalah mereka yang bertaubat." (Ibnu Majah dan Tirmizi) 

"Hanya si buta mengetahui nikmatnya melihat, hanya si mati mengetahui nikmatnya kehidupan."







3 comments:

  1. Allahu. Ana sangat tersentuh membaca entri ini. Teruskan perjuangan. Terima kasih juga sempat membaca entri ana, sama-sama medic student rupanya.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah moga bermanfaat serba sedikit =) Mohon doanya yaa..

    Ohh ana bukan medic student, ana nursing student HeHe but dua2 kita attach clinical area laa yee Imani

    Salam ukhwah

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah.

    Salam ukhwah buat anda juga.

    ReplyDelete