Tuesday 9 April 2013

Hari Esok Belum Kita Ketahui Rentaknya

"Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan." (Surah al-Alaq 96: 1)

Assalamualaikum =) Now tengah buat latihan tulisan cina sebab nanti naik cuti ada CA ok CA, punyalah syiok tengah menulis tetibe nampak roti dekat atas rak nie. Makanlah sikit, ehh!! sedapnya rasa mayo mixed cheese. Makan sikit je, sekali pandang ok bukan makan sikit tapi sikit yang tinggal rupanya =.=" apa punyalah suke sangat makan. Ok sekarang uollsss nak dengar cerita apa? Meh meh ummi ceritakan satu cerita hari ini, haha *padahal tadi dia baru buat satu entry so ada hati nak buat entry lagi. Mohon ampun yee kalau uollss tak suka cara penulisan saya sebab kadang-kadang terserlah kanak-kanak ribenanya. Hmm terima jelah daku seadanya


Jadi kenapa letak gambar ini? Baiklah sebelum kita borak jauh-jauh. Pernah atau tidak anda merasa kecewa, letih yang tahap kronik dengan hidup kita sekarang ataupun rasa tidak puas hati yang menujah-nujah jiwa nurani kita lantas mempersoalkan kenapa ini dan mengapa itu. Ya secara peribadinya saya berani mengatakan majoritinya kita pernah merasai. Mungkin sewaktu mendapat keputusan peperiksaan,  mungkin boleh jadi apa yang kita mohon semasa kemasukan ke universiti, lain kita harapkan tapi lain pula yang kita ditawarkan. Lalu kita mula memandang kepada nasib. Mengapa nasib saya begini, tidak seindah dia. Kemudian kita merasakan diri kitalah yang paling dibawah seperti orang lain sedang mentertawakan kita. Ohh dunia ini tidak adil sama sekali! hati bersuara lantang. Dan mungkin juga apabila kita mengalami satu-satu masalah kita terus berputus harap sehinggakan kita tidak mahu menantikan hari mendatang untuk melihat pelangi dan setiap hikmah yang telah Allah susun cantik-cantik untuk kita.

Cerita ini boleh saya kongsikan bagaimana saya pernah menjadi seorang yang mudah putus asa, mudah putus harap, terlalu manjakan jiwa saya sehingga saya tidak pedulikan perasaan orang lain. Orang yang terlalu banyak berkorban untuk saya. Menghabiskan segala kudrat, masa dan wang ringgit semata-mata untuk melihat betapa bahagianya saya menjalani hari-hari di bumi Tuhan ini. Namun mengapa saya begitu tegar untuk menafikan kegembiraan orang lain gara-gara penyakit putus harap ini. Dahulu, setelah mendapat keputusan PMR saya telah mendapat tawaran ke MRSM untuk menyambung tingkatan 4 dan masa itu tentulah keluarga saya terlalu gembira kerana saya adalah satu-satunya yang berjaya menempatkan diri ke sekolah sedemikian. Memandangkan abah sudah tidak bekerja, mama juga tidak bekerja. Jadi segala perbelanjaan saya ditanggung sepenuhnya oleh abang dan kakak. Mereka menghantar saya ke sana dengan harapan yang besar untuk lihat saya berada di sebuah maktab sains dan menjadi pelajar sebaik-baiknya.

Tiga bulan pertama saya masih bertahan, namun hati saya sudah tidak ada di sana. Saya cuba gagahkan diri sehingga Peperiksaan Pertengahan Penggal. Akhirnya, bulan ke 6 saya buat keputusan untuk berhenti dengan alasan saya tidak boleh menumpukan perhatian semasa belajar. Peliknya keputusan peperiksaan saya masih baik. Jadi bukanlah masalah tidak boleh belajar, tetapi masalah hati saya. Hati saya terlalu rapuh dengan kehidupan sehinggakan sedikit cabaran saya sudah mengalah. Dengan sedikit gangguan di asrama saya sudah mahu letakkan diri dalam kotak putih tanda mengalah. Dengan sedikit tekanan dipaksa PREP, saya sudah merajuk hati mahu pulang rumah. Jadi saya terpaksa mengaku yang memang kala itu saya tidak cukup matang untuk melihat hidup saya dan hati saya terlalu manja. Dan ini perlu diubah. Ini cerita 5tahun lepas.

Kini saya berada di sebuah universiti, hari-hari saya sebagai pelajar sains kesihatan di sini saya masih berhadapan dengan pelbagai masalah, tekanan assigment, tekanan exam dan rentak ragam yang sering kali berubah-ubah di clinical area. Kadang-kadang dimarah, sakit hati. Balik saya menangis. Kemudian saya berfikir sejenak, saya sudah berada dipertengahan usia untuk membawa diri saya. Dan setiap yang berlaku ini adalah untuk mematangkan saya. Untuk membuka mata saya bahawa kehidupan ini tidak manis jika tiada cabarannya. Dan Tuhan itu menjadikan setiap cabaran untuk menitipkan nilai sabar yang tinggi dalam hati kita. Mana datangnya rasa sabar jika bukan untuk melawan rasa marah, mana datangnya rasa sabar jika bukan untuk jadi penawar kepada rasa kecewa. Dan jadikanlah Rasulullah sebaik-baik idola kerana baginda seringkali menyunting sifat sabar ini dalam cermin hidupnya. Maka kenalilah erti sabar maka terubatlah segala putus asa yang bertamu dihati.


Bergantunglah kamu pada Tuhanmu yang menjadikan dengan sepenuh pengharapan kerana Tuhan itu tidak pernah menzalimi malah sentiasa mengasihimu siang mahupun malam =)

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman" surah ali-Imran 67: 139

"Demi waktu Dhuha. Dan demi malam apabila telah sunyi. Tuhanmu tidak meninggalkan engkau dan tidak pula membencimu." surah al-Dhuha ayat 1-3

Jadi hari ini bolehlah kita merenung jauh kembali ke dasar hati kita. Wajar atau tidak jika kita dengan mudah mengangkat bendera putih untuk mengalah dalam langkah kita sebagai hamba Allah. Saya masih ingat, semasa perjalanan saya ke Terengganu. Waktu ini abang saya Firdaus sedang memandu saya pula  dibelakang sedang mengupas buah langsat untuknya. Kemudian beberapa bait kata dari abang betul-betul buat saya semangat kembali. Abang Firdaus bercerita kepada saya beberapa perkara kemudian dia mengaitkan dengan kehidupan yang saya serta dia lalui.

Katanya kalau hari ini adik mahu rasa mengalah dengan hidup lupakan niat itu sebab terlalu banyak susah yang kita sekeluarga sudah rasa untuk sampai ke hari ini. Tengoklah dengan izin dan bantuan Allah kita sedikit pun tidak rasa yang dulu kita pernah duduk dalam rumah yang bila hujan tirih sana sini. Air masuk dalam rumah, pergi sekolah bawa duit cukup-cukup sahaja. Itu yang abah dan mama mampu berikan, tapi Allah beri kita mereka berdua sehingga kini dengan kehidupan yang sederhana tapi cukup sempurna dengan kasih-sayang. Allah keluarkan kita dari rasa susah itu sedikit demi sedikit hingga kita tidak merasainya. 

Nasihat yang bermanfaat sepanjang perjalanan

No comments:

Post a Comment