Wednesday 10 April 2013

Hiburan vs Syariat

"Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan." (sural al-Alaq 96: 1)

Assalamualaikum selamat petang uollsss =) Makan apa petang nie ye? Ohh saya makan roti empat segi a.k.a biskut kering cicah air milo. Rasa sepanjang zaman nieh bagilah biskut macam-macam fesyen dan rasa, akhirnya roti empat segi jugak menjadi pilihan hati. HaHa cicah dengan air teh boleh, air milo boleh, air susu panas boleh. Senang citer xlapuk dek zaman la biskut nieh. Ok sebenarnya petang-petang nieh lepas baca al-mathurat kan, teringat pulak ada member pernah tanya. Lebih kurang macam niehlah dia tanya, dekat sana korang buat program apa ya untuk muslimat. Yang nampak macam meriah boleh tarik ramai orang datang.

Ok so hari ini ummi nak share la sikit cerita usaha keras memember kat sini yang anjurkan program kat sini. Memang awesome!! Serius best-best program kat usm nieh selama saya dah bertapa kat sini. *haha mesti uollss kembang kempis hati baca saya puji uollss nieh kan.


Ini program yang latest berlansung dengan gamatnya di USM Kampus Kesihatan nieh bersempena Festival Kelestarian Islam (FESKI). Battle of the Islamic Bands nieh membuka peluang kepada student yang agak-agak selalu menyanyi dalam tandas ke, selalu nyanyi dalam bilik ke, nyanyi kat tangga asrama malam-malam ke. Soo suara sedap kan?? Jadi jangan tunggu-tunggu inilah pentas untuk anda meluahkan segala hasrat hati dan bakat yang ada. Cuma yang menariknya, pertandingan ini dengan jayanya telah mengasingkan muslimin dan muslimat participant HeHe amacam?? Menarik kot. So yang muslimat, si gadis-gadis ayu yang nak bernasyid kami sediakan malam khas untuk anda. Penonton  dan segala urusetia semua perempuan "Kita-kita jerrr".

So pada malam program berlangsung, saya selaku pengacara majlis dengan Hani Shifaa ala-ala Fara Fauzana kau(tak der sesi tukar baju je), haa punyalah kembang hati sebab tengok dewan tuu penuh dengan penonton sampai duduk atas tikar pun ada dan yang paling best semua sporting-sporting kot. Saya suka anda!! Dan ini buat kali keduanya saya turun padang untuk kendalikan majlis yang tidak formal. Menjadi juruacara majlis formal mungkin satu kebiasaan bagi saya, namun begitu diri saya dicabar sekali lagi untuk incharge program berbentuk macam nieh. So lepas nieh boleh la rebut ABPBH 2013/2014 Pengacara Baru Popular. =.="

Dipenghujung majlis semua peserta ambil gambar. Haa tengok tengok meriahkan. Semangat tau diorang nieh, pakai baju comey-comey, suara sedap and effort mereka yang saya puji untuk join pertandingan nieh. Kamsahamida =)


Yang nieh satu lagi program sebelum BOMB berlansung iaitu Ladies Got Talent. Masa pertandingan nie tidak terhad kepada nasyid atau nyanyian sahaja, tetapi muslimat yang berminat dalam berpantun, syair, berbakat dalam bermain alat musik, semua boleh join =)

Siap sediakan tempat untuk bergambar sebagai kenangan =) 

Konklusinya, program atau pun pertandingan yang melibatkan isu-isu aurat macam tarian, nyanyian macam nie syaratnya mestilah mematuhi hukum syariat and aurat semua terjaga. Jadi kita buat program untuk muslimat, penonton dan segala urusetia muslimat juga =) kan boleh tu. Dan setiap itu mestilah ada pengisiannya. Biarlah sambil kita berhibur tapi kita ada ilmu yang dimanfaatkan. Saya sangat bangga, bersyukur dan memuji usaha-usaha sahabat di sini yang tidak pernah kenal erti penat lelah menganjurkan program yang memberi kebaikan buat semua orang. Kalau kita sayangkan sahabat kita, pastinya mahu ke syurga bersama. Apa-apa yang membawa kepada dosa dan neraka bukanlah tanda sayang namanya.

"Orang yang perkasa mampu mengawal hati, akal dan nafsunya bagi mencapai misi hidup yang tepat dan jelas." #MukminProfesional

Soutul Akhyar mewakili muslimin 2nd year yang join nasyid Battle of the Islamic Bands masa FESKI.
Nampak profesional betul depa nieh 

No comments:

Post a Comment