Monday 13 May 2013

LAC100 Mandarin Language

"Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan."

Assalamualaikum Ni Hao.. petang-petang hari baru balik dari class pekena cucuq memang best laa ceritanya. Sekarang ini saya tengah berhadapan dengan minggu-minggu akhir sebelum bermulanya study week. Well alkisahnya memang minggu nie rasa nak lebam muka balik bila jadual err tak tahu nak kata. Ini kisah kata senang cerita sape buat hal memang makan kotak pensil laa...hehe Meh saya nak annouce sikit yang esok merupakan OSCE MEDSURG I dan esoknya dengan bangga disusuli CA Pharmacology. ntah apa nak kata sebab xmula baca apa apa nota pharmaco pun lagi (ohhh ini cerita nak jadi panda laa nie minggu nie)

Hari tuu masa balik cuti bersempena PRU memang terbaik laa bila dah lama xbalik rumah sekali dapat hadiah free free je dari uncle bus yang memandu penuh hemah tu. Memang hilang segala mood daku untuk pulang ke university sampai rasa nak ambil cuti seminggu lagi sebab stress menahan sakit yang mula berdenyut denyut di seluruh kepala. Nyaris dah nak batalkan tiket bus, selamatlah kakak ade untuk sabarkan saya (tambah-tambah bus delay, lagilah xdaa mood). Kalau sorang-sorang mesti dah angkut beg balik rumah (ini gaya anak manja punya hal) Kepala free-free terhentak kat handle besi tu, yela dah tido punyalah nyenyak, ini case mengantuk tahap critical naik bus sebelum matahari terbit. Sekali emergency break, hmm ape boley buat. The moral of the story nak kisah sini, beringatlah bila tidur dalam bus. Hakikatnya anda bukanlah tido dalam bilik bertilam empuk mahupun berbantal anti termites HaHa ini baru betoi malang tak berbau. Uhukkkss

Semester nie pula saya dengan gigihnya mengambil Mandarin Language, LAC100 sebagai elective. Heee amek ko mak ngah xpernah-pernah bercakap cina satu habuk, nie duk sibuk menulis character mandarin yang berbelit tu. Tapi seriusly nak kata seronok sangat belajar bahasa lain selain Bahasa Melayu sebab bahasa yang berbeza memiliki keunikan intonasi, bentuk dan gaya bahasanya tersendiri. Memanglah mula-mula tu frust sebab class bahasa arab dah full. Tapi masuk class mandarin pun syiokkk dan rasa nak amek sampai LAC300 hikhik.

Modul Bahasa Cina I, digestlah otak ini modul nak rebus buat sup tulang pun boleh =)

Setiap class kami akan diperkenalkan dengan character baru dan bila balik mulalah buku kotak kotak menjadi tatapan mata (sampai gambar boyfriend xsempat nak tengok HeHe) dan jari jemari mula direkrut untuk tulis character berulang-ulang kali. Siap dapat very good lagi Mali lao shi tulis. 
"tai hao le!!" Heee

Buku kotak-kotak yang duk training tulis nie =) seronok dengan hasil homework sendiri

Untuk memudahkan revision dan sesi spelling buatlah table macam nie untuk mudahkan rujukan =) Then siang tadi ada CA so memang bergunalah table nieh sebagai fast and furious revision

Lepas tu kene buat satu assigment macam nie, bina ayat =) Sila baca sendiri

"Look at the person who is below you, and do not look at one who is superior to you. Thereby you would be able to better appreciate the favours that God has bestowed upon you"

Mohon doa sahabat-sahabat untuk kemudahan dan barakah bagi kami semua yang bakal menghadapi OSCE esok =)


1 comment:

  1. waaa bestnyee blaja bahasa mandarin :) all the best yee :)

    ReplyDelete