Friday 12 December 2014

Kasih 'ANAK' Tidak Cukup Sekadar Percaturan Lisan

"Bismillah. Bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan." 96:1

Gelagat dan keletah manusia menjadi tatapan mata saban hari. Manusia silih berganti, ragamnya juga begitu. Mood berubah-ubah. Bertemu dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat yang datang dari pelbagai jenis 'family background' mendidik diri memahami apa itu erti kehidupan. Tidak semua orang suka menceritakan apa yang mereka alami dan ada juga yang jenis suka berkongsi cerita. Dan ada juga jenis yang mengambil masa untuk bercerita. Setiap inci penglihatan jika digunakan dengan baik pasti memberi sesuatu pengajaran. 

Pukul 0650 sudah menjadi kebiasaan kaki jejak ke pintu ward, ada yang masih tidur ada yang sudah siap mandi dan ada juga yang sudah siap diuruskan penjaga yang menunggu saban hari. Namun apa yang mencuit diri "Sejauh manakah kasih seorang anak itu teruji kala ibubapa diuji musibah?" Tanda soal terus bermain dikepala. 




Situasi 1: Ada anak yang sanggup extend study dan ambil cuti panjang tanpa gaji dan pulang ke sisi keluarga semata-mata untuk menjaga ibu/bapa yang sedang sakit terlantar. Setiap hari masa dihabiskan di ward menguruskan semua keperluan si ibu/bapa. Tidak mengeluh tidur bertilamkan lantai sejuk ward, kadang-kala tengah makan terpaksa berhenti untuk uruskan si sakit, tukar pampers, mandikan atas katil. Duduk di ward dalam tempoh masa 24jam bukanlah sesuatu yang selesa. Serius talk!! 

Situasi 2: Ada anak yang datang tunggu ibu/bapa tetapi sekadar tolong ambilkan air. Tidak mandikan, tidak tukar pampers, tidak kemaskan si sakit, sudahlah sakit bila tidak dikemaskan lagilah nampak 2 kali ganda sakit. Tunggu nurse tanya, tunggu nurse kata "ok kita buat sekian-sekian". *aku mula melopong. Tapi masih dipuji sebab sudi tunggu tepi katil ibu/bapa mereka.

Situasi 3: Ada anak yang bergilir-gilir jaga ibu/bapa mereka sakit. Kerana yang si seorang lagi bekerja di siang hari. Jadi malam hari beliaulah yang tunggu ibunya yang sedang sakit. Subuh pagi seorang lagi datang dan beliau sudah siap-siap memakai kemeja untuk ke office. Tengah hari pula masih datang melawat si ibu. Ada juga yang membayar nursing home untuk jaga ibu/bapa mereka, tetapi subuh pagi masih datang untuk uruskan keperluan ibu/bapa. Respect!!

Situasi 4: Ada anak yang hanya duduk di sisi katil atau di lantai ward kemuadian mengadap gadjet 24jam. Tidak berbual dengan si ibu yang sedang terlantar sakit. Bunyi cengkerik yang kedengaran. Tahu bunyi cengkerik?? Akhirnya si ibu berbual dengan pesakit katil sebelah dan nurse-nurse yang sudi meluangkan masa. Aku cuba untuk bersangka baik, mungkin ada urusan yang perlu diuruskan secara online. Tapi kalau dah dari aku mula kerja sampai aku nak balik si anak masih mengadap smartphone. Aku pun macam rasa nak baling smartphone beliau ke bawah. 

Situasi 5: Ada anak yang hanya datang kemudian nak argue macam-macam dengan nurse. Yang species nie aku pernah kene. "Pot pet pot pet pot pet" Dan aku dengan muka selumber jawab " Encik, kalau nak tanya macam-macam encik datang laa awal pagi masa doctor round ward. Encik boleh dengar sendiri dari mulut doctor, boleh tanya. Nie encik datang pun 5 minit. Dari pagi tadi mak encik nie tak der orang uruskan" Si anak terus bungkam dan terdiam. Muka memerah, aku pula hanya senyum dengan ibunya. Dalam hati aku rasa nak kasut2kan beliau.

Situasi 6: Anak yang pulang hanya apabila ibu/bapa sakit. Berkata seorang makcik sambil berbisik ke telinga aku "Anak makcik tu dah 10tahun tak balik jenguk rumah and ziarah makcik, nie makcik sakit dah masuk ward 3 hari baru dia balik. Agaknya kalau makcik tak sakit, memang dia takkan balik". Aku melopong hati menangis~~~

Situasi 7: Anak yang tidak kunjung tiba. Jangankan kata batang hidung bayang-bayang pun tiada. Hmmmm sedih sangat. Akhirnya ibu/bapa yang sakit hanya ditemani staff ward dan student2 nurse. Hmmm~~


Wahai anak, kasih sayang itu bukan diukur dengan wang ringgit tapi komitmen dan perhatian. 

Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud ra, beliau berkata

"Saya pernah bertanya kepada Nabi SAW, 'Apakah amalan yang paling dicintai Allah Taala?' Baginda menjawab 'Solat pada waktunya.' Saya berkata, 'Kemuadian apa?' Baginda menjawab 'Berbakti kepada kedua-dia orang tua.' Saya berkata "Kemudian apa lagi?' Baginda menjawab 'Berjihadlah di jalan Allah.'


"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kalian tidak meyembah (sesuatu) selain Dia dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau keduanya sampai kepada usia yang lanjut (dalam pemeliharaanmu) maka janganlah sesekali kamu mengatakan kepada mereka perkatan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka serta ucapkanlah kepada mereka dengan ucapan yang paling mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua disebabkan kasih sayang (kepada mereka) dan ucapkanlah 'Wahai Tuhanku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidikku sewaktu kecil." (al-Isra' 17:23-24)




Wahai anak, penuhilah keperluan ibubapamu seperti mana mereka memenuhi keperluanmu sejak kecil. Berkorbanlah sedikit tenaga, masa dan perhatianmu demi memenuhi keperluan mereka. Tiada ruginya walaupun engkau terpaksa berkejar ke sana kemari. Pasti Allah memberkati masamu. Melapangkan urusan dunia dan akhirahmu.


Setiap dari kita pasti akan diuji. Rasa kasih sayang terhadap ibubapa bukanlah sekadar percaturan lisan tetapi sampai satu masa tanggungjawab mengambil alih rasa cinta yang ada. Komitmen pasti teruji. Adakah kita bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai "ANAK" apabila musibah diuji terhadap mereka? 


Terus kita anak yang mana?



Love Your Parents

We are so Busy Growing Up

We Often Forget 

They are also Growing Old




2 comments:

  1. Smoga kita semua mnjadi anak yg soleh dan solehah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah selamat berusaha!!~~ Antara 3 perkara yg tidak terputus dari dunia selepas kematian, salah satunya doa anak yang soleh

      Delete