Friday 21 September 2012

Impian, Cita-cita dan Kejayaan Coretan Sebuah Kehidupan


In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Irama dan Lagu seiring sejalan dan tidak boleh dipisahkan, ungkapan yang sering bermain di ruang jendela telinga dan seakan terngia-ngia dalam hidup kita. Begitu juga dengan impian dan kejayaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek dan tidak akan dikecapi andai kita duduk goyang kaki tanpa ada sebarang cita-cita serta matlamat yang berpaksikan keimanan ketaqwaan kepada Allah. Dan ini merupakan coretan dalam lembaran hidup yang penuh pahit, manis, tawar dan masin..kan?

 Namun begitu bagaimana pula jika kejayaan yang diharapkan tidaklah setinggi harapan yang diangan dan tidak setanding dengan usaha tulang empat kerat yang melangkah ke arah kejayaan itu? Maka dengan itu Allah telah berfirman yang bermaksud:

“…Janganlah engkau berduka cita, sesungguhnya Allah bersama-sama kita…” at-Taubah,40

Kemudian Allah memperingatkan kita lagi dengan ayat 216, al-Baqarah:

“…dan mungkin kamu akan membenci sesuatu sedangkan ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia mudarat kepadamu dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak tahu.”

Lihatlah dengan mata hati dan menilai dengan akal fikiran sedalam-dalamnya bahawa bukanlah semua yang kita rancang itu akan tercapai setinggi harapan yang kita letak sebagai satu garis pencapaian. Tetapi memasang cita-cita dan impian yang tinggi itu bukanlah sesuatu kesalahan ataupun bukan satu kewajaran. Cuma kita diperingatkan bahawa apabila kita bersedih atas kegagalan yang mejenguk jalan kehidupan kita, Allah itu ada bersama hamba-hambanya dan apabila kita tidak memperolehi apa yang kita impikan percayalah bahawa Allah itu sebaik-baik pengatur, perancang dan Maha Mengetahui. Masih belum kuat percaya? Yakinlah kerana ini janji Allah dan disebutkan di dalam al-Quran yang merupakan kitab yang tidak ada keraguan padanya, bahkan petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. Dan janganlah sekali-kali berputus asa dengan rahmat Allah sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bercerita mengenai cita-cita dan impian, ya semasa kecil diriku juga memasang angan yang cukup banyak dan tinggi. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, kehidupan yang cukup-cukup tidak berlebihan, mendidik jiwa kecil ini memasang angan tinggi untuk menjadi seorang yang berada dalam bidang professional untuk mengubah nasib keluarga. Melihat adik beradik yang menginjak dewasa membakar semangatku untuk turut serta. Aku melihat sudut positive dari sifat memasang angan ini, ianya membakar semangat untuk mencipta kejayaan walaupun bukan semua impian ini dapat dilaksanakan, now aku berada di IPTA dan sedang meneruskan langkah sebagai seorang student science health,nursing.

Walaupun aku pernah berasa sedih melihat sahabat berjaya dijalan impianku, namun aku percaya bahawa pada hari ini, ini tempatku dan disinilah rezeki bersama rahmat Allah untuk aku meneruskan bakti sebagai hambaNya. Percaya atau tidak..ini merupakan sebuah kehidupan perjalanan jatuh bangun seorang hamba. Dan yakinlah bahawa kita sangat bertuah! Bertuah dijalan yang kita ada.




No comments:

Post a Comment