Thursday 8 November 2012

Mid Sem-Break Sudah Bermula

                                            In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Dear Love, Assalamualaikum... Selamat Petang semua

Saat yang dinanti-nantikan oleh seluruh manusia yang bergelar "student" haha CUTI!!! yeyyy Musim cuti sudah pun bermula hari ini, MID SEM-BREAK. Manakala saya pula masih dengan baju kuliah  bersantai duduk di hadapan laptop bersama sebotol coke dan kuey teow kerang abg cafe. Menikmati suasana bermulanya cuti di kampus yang kian usang dan sunyi (tak lama lagi tinggal bunyi burung dan katak jelah, trus me!) haha. Actually, since malam semalam dah dengar bebudak nieh duk tarik beg lalu depan bilik saya. Ambui awalnya hang pa balik na hehehe... Krekkkk...Krekkkk...Krekkk beg balik kampung di tarik, tangan melambai-lambai kawan yang masih berada di hostel (muka bahagia sebab subuh nanti sampai kampung halaman masing-masing) senyum lebaq sampai nampak semua barisan gigi, ini semua alkisah excited nak bercuti. (^____________^)


Gambar diambil masa sedang dengar lecture =.="" mengantuk sokmo.....


Ok lah alang-alang dah tulis entry kan.. Nak buat sedikitlah pesanan untuk sahabat-sahabat yang nak balik bercuti panjang yeee


1. TIDY UP AND KUNCI BILIK BAIK-BAIK

Ya memang excited nak balik kan.. Tapi jangan lupa kemaskan barang-barang di dalam bilik sebaik mungkin sebelum balik. Sebab nanti makhluk lain akan datang ke bilik anda macam lipas ke, semut ke.. So tidy up semuanya, at least sapu dan buang sampah :) Then siap-siap semua make sure kuncilah locker anda dan kunci bilik sebaiknya.. Tutup tingkap untuk mengelakkan kejadian bilik banjir walaupun bilik anda di aras atas.. Tak mustahil banjir akan berlaku..hehehe 


2. PASTIKAN BARANG PENTING TAK TERTINGGAL

Sebelum keluar bilik untuk ke stesen bas, stesen kereta api atau airport. Double check barang-barang penting anda. Contonya dompet, tiket (ini tinggal, memang tidur kat stesen tu jawabnya) ubat, air mineral dan lain-lain. Macam saya, setiap kali perjalanan saya akan pastikan saya bawa air,makanan secukupnya(sebab nanti lapar gila!!!) dan ubat macam minyak kapak, ubat gastric dan baju sejuk untuk perjalanan malam.... :) lagi satu berus gigi memang tak kan tinggal lah alkisahnya.... perkara berwajib.. hehe Then bagi yang ada mini alQuran bawalah bersama.. mesti bawa ke mana saja... OK


3. JANGAN JALAN SENGSORANG

Harrr!! Ini Serius Ini serius Penting... Tolonglah jangan bahayakan diri anda jalan sengsorang... Contohnya macam perjalanan malam.. Kalau boleh bergeraklah dengan member anda.. At least berdua dan informkan trip anda itu pada sahabat lain atau family. Kalau apa jadi sekurang-kurangnya ada orang yang tahu tentang trip anda pada hari tersebut. Ohh ini bukan case anak manja atau tak berdikari.. sebelum anda dijual atau sebagainya ambillah langkah berjaga-jaga terhadap diri sendiri "SAYANGI DIRI ANDA" Then sepanjang menanti bus atau sampai di destinasi masing-masing.. Elakkan berada dikawasan yang sunyi, kawasan yang agak suram dan jauhi sesiapa yang mencurigakan. Paling penting bertawakallah kepada Allah sesungguhnya DIA sebaik-baik penjaga kita :)




4. BETULKAN NIAT UNTUK PULANG BERCUTI

Hahaha skema gila balik cuti pun kene ada niat ke?? Ha Ha ini yang kadang-kadang kita terlepas pandang atau sedar tak sedar.. NIAT kan kita selalu diperingatkan tentang niat. Untuk ke kelas setiap hari pun ada niat, nak keluar bilik pun ada niat. Jadi untuk pulang bercuti mestilah ada niat juga kan. Tetapkan Niat kita sebelum melangkah keluar dari bilik dan asrama supaya perjalanan kita itu mendatangkan pahala dan ibadah. Contohnya begini, kita berniat balik bercuti untuk jumpa mak abah, gembirakan hati mereka sebab kita jarang-jarang balik dan untuk jaga mereka dalam seminggu bercuti. So ini dah dikira balik dengan berniat untuk berbakti kepada ibubapa.. Tengok mudah tak??? free free perjalanan pulang kita tuu dah jadi berkat.. InsyaAllah.. Jumpa sahabat juga boleh jadi ibadah jika diisi dengan perkara berfaedah dan mengeratkan ukhwah sesama insan :) Kasih Sayang sesama insan itu Mendatangkan berjuta kebaikan 

5. MOHON MAAF DAN MEMAAFKAN

Kenapakah? Kenapakah? Perlu ke..alawwww macam tak jumpa dah nanti.. Tidak salah sebelum berpisah dengan sahabat-sahabat kita memohon maaf dan memaafkan sahabat kita. Oppsss jangan lupa belajar untuk memaafkan diri sendiri juga :) Penting.. Kerana kita tidak tahu apa akan jadi pada hari esok. kan?? "Jadilah seorang pemaaf kerana mulia akhlaknya.. Jadilah pemaaf kerana pemaaf itu insan yang berlapang dada.." dan mohonlah maaf kerana mendidik jiwa insan yang merendah diri dan tunduk kepada Tuhanya...

"SELAMAT BERCUTI SEMUA"

#untuk yang masih berada dikampus selamat menjaga diri dan kene cari sumber makanan sebab acik cafe cuti seminggu juga.. hehehe

#jaga diri baik-baik sepanjang bercuti dan manfaatkan masa sebaik mungkin

#dapatkan rehat yang cukup walaupun dihujani kerja yang melimpah-limpah seperti ke ladang gandum


2 comments:

  1. next time klo saya smbung blajar, i'll practice it! thnx..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan awak cepat cepat dapat cntinue stdy.. hve fun!! :) hehe

      Delete